saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 14/07/2010

Tudung Arlene lebih fleksibel


Corak pada tudung memberikan impak tersendiri.


SETIAP hari semasa bersiap untuk ke tempat kerja, wanita sudah pasti akan memilih tudung yang sepadan warna dengan pakaian yang hendak dipakai.

Ini membuatkan wanita mempunyai banyak warna tudung bagi dipadankan dengan baju. Selain tudung polos , terdapat juga tudung bercorak atau dihiasi dengan batu-batu berkilat.

Walau bagaimanapun, tudung yang dijual bukan murah harganya. Kadang-kadang harga tudung lebih mahal daripada harga baju dan ini membuatkan seseorang itu berfikir beberapa kali untuk membeli tudung.

Alangkah bagus jika dapat menjahit tudung sendiri. Sudah tentu anda dapat memiliki banyak tudung yang bermacam corak dan warna. Lebih penting anda dapat menjimatkan wang atau jika ada kawan-kawan yang berkenan, boleh juga dijual dan dapat menambahkan pendapatan.

Beginilah juga permulaan bagaimana Aliza Tahir mula menjual tudung. Oleh kerana harga tudung yang mahal, Aliza terfikir untuk membuat tudung sendiri.

Walaupun tidak tahu menjahit, Aliza berusaha juga untuk belajar. Dia tidak memasuki kelas menjahit sebaliknya membuka Internet dan berjumpa dengan ramai wanita lain yang tidak tahu menjahit tetapi mempunyai keinginan untuk menjahit.

''Saya belajar menjahit tudung melalui Internet. Ramai juga kawan-kawan lain daripada golongan profesional seperti pensyarah, akauntan yang turut sama belajar. Mula-mula dahulu memang susah sangat. Lebih 30 helai tudung saya rosak namun saya tak berputus asa,'' kata penganalisa kewangan di sebuah syarikat perkapalan ini semasa datang ke pejabat Utusan, baru-baru ini.

Menurut Aliza, pada mulanya dia hanya menjahit tudung untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak terfikir untuk menjual. Bagaimanapun setelah kawan-kawan di pejabat melihat tudung yang dipakai, mereka kemudian menempah daripadanya.

Tudung Aliza dinamakan Arlene sempena nama anak keempatnya yang meninggal dunia semasa berumur empat bulan kerana penyakit jantung berlubang pada tahun 2005.

''Saya menggunakan kain-kain yang berkualiti seperti jersi, syifon dan baldu sementara awning atau visor depan menggunakan broked Thai, corduroy, denim, sutera dan songket.

''Tiga atau empat bulan sekali saya akan ke Vietnam bagi membeli kain jersi bercetak yang bercorak eksklusif. Saya hanya akan membeli satu meter bagi setiap corak dan boleh dibuat dua helai tudung sahaja.

''Kelainan tudung Arlene ialah ia fleksibel. Pelanggan boleh menempah apa sahaja rekaan yang mereka inginkan sama ada pendek, panjang, awning pilihan mereka, tudung daripada kain bercorak panel dan sebagainya,'' jelas ibu kepada tiga orang anak ini.

Aliza berkata, pada masa ini, beliau sudah pun menerima tempahan tudung untuk hari raya. Tudung Arlene turut dijual melalui Internet dan mereka yang berminat boleh melayari http://tudung shope.blogspot.com atau hubungi 019-2421610.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.