saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/07/2010

Penganut Kristian merusuh di Ireland Utara


Perusuh cuba merempuh benteng kawalan anggota polis dalam rusuhan yang dianjurkan penganut Katolik Ireland selepas perarakan besar-besaran Orange Order di Utara Belfast, Ireland, kelmarin. - AFP


BELFAST 13 Julai - Polis hari ini berusaha menghentikan rusuhan yang dianjurkan penganut Katolik Ireland di beberapa bahagian di Ireland Utara, sehari selepas perarakan besar-besaran Protestan, satu acara tahunan yang sering mencetuskan keganasan antara kedua-dua penganut Kristian itu.

Polis dan ahli politik menuduh kumpulan serpihan Tentera Republikan Ireland (IRA) merancang keganasan itu selepas perarakan besar-besaran Orange Order, sebuah persatuan Protestan Britain, semalam yang tidak diterima minoriti Katolik Ireland.

Keganasan bermula di Ardoyne, sebuah pangkalan lama IRA di utara Belfast, di mana kira-kira 100 penunjuk perasaan cuba menyekat satu laluan perarakan, sementara lelaki-lelaki bertopeng dan kumpulan remaja di tepi jalan melempar batu-bata, botol, batu dan bom botol ke arah polis.

Polis rusuhan yang lengkap memakai topi keselamatan dan perisai mengheret setiap penunjuk perasaan ke tepi jalan, sebelum menggunakan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Seorang wartawan Associated Press menyaksikan seorang remaja yang mahu melempar batu-bata ke arah polis, terjatuh dan berdarah di bahagian muka selepas terkena semburan meriam air polis.

Penunjuk perasaan lain yang berada di atas bumbung, dilihat melempar botol bir kosong ke arah polis.

Keganasan merebak ke beberapa daerah Katolik di Belfast dan bandar-bandar lain. Keganasan sekali-sekala masih tercetus awal hari ini, mendedahkan permusuhan kaum yang masih berlaku di sebalik usaha perdamaian selama dua dekad di Ireland Utara. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.