saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/07/2010

Taufan Cosnon bakal melanda Filipina


Beberapa orang ibu mengambil anak mereka dari sebuah sekolah rendah di Manila yang ditutup sementara ekoran Taufan Conson yang dijangka melanda Filipina awal hari ini. - AFP


MANILA 13 Julai - Filipina hari ini bersedia berhadapan taufan Cosnon, apabila pakar kaji cuaca meramalkan taufan itu, yang pertama melanda pada tahun ini bakal membawa banjir dan kemungkinan tanah runtuh di seluruh negara.

Ketua Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA), Prisco Nilo berkata, taufan Conson semakin kuat ketika ia bergerak berhampiran pulau besar Luzon, dan kemungkinan mencecah daratan malam ini atau awal pagi esok.

"Kawasan yang dilalui taufan itu akan mengalami hujan lebat, termasuk daerah di bahagian selatan.

"Banjir dan tanah runtuh juga dijangka berlaku," katanya kepada pemberita.

Taufan itu mampu membawa angin kencang selaju 120 kilometer sejam berhampiran pusat taufan dengan kelajuan maksimum 150 kilometer sejam.

Conson bergerak ke pulau Catanduanes di kawasan pinggir laut timur Filipina, semalam.

Nilo berkata, ia dijangka bergerak ke barat, membawa hujan sebanyak 20 milimeter ke Luzon sebelum menuju Laut China Selatan esok.

Biro kaji cuaca berkata, amaran ribut telah dikeluarkan di seluruh bandar raya Manila dan hampir 30 wilayah di Luzon, yang didiami separuh daripada 92 juta penduduk Filipina.

Pada Ogos tahun lalu, ribut tropika Ketsana membawa hujan lebat luar biasa di seluruh Manila, mengakibatkan banjir besar diikuti taufan Parma yang memusnahkan keseluruhan Luzon.

Selain mengorbankan 1,000 nyawa, dua ribut itu turut menjejaskan 9.3 juta penduduk yang lain. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.