saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/07/2010

Hanoi dilanda banjir teruk

HANOI 13 Julai - Hujan lebat di bandar raya ini, selepas dilanda kemarau selama berminggu-minggu menyebabkan sebahagian besar kawasan ibu negara Vietnam ini ditenggelami air sedalam setengah meter, hari ini.

Hujan yang mencurah-curah selama dua jam itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas kebanyakan jalan raya dinaiki air dan berlaku kejadian pokok tumbang.

Sebuah stesen radio tempatan melaporkan, polis menganggarkan lebih sejuta penduduk di bandar raya ini terjejas akibat banjir tersebut.

Hanoi sebelum ini mengalami musim kemarau yang disifatkan oleh ahli meteorologi sebagai yang terburuk dalam tempoh satu dekad.

Akibat kemarau itu, beberapa tempat di negara yang mendapat sumber tenaga melalui sistem hydro ini sering mengalami terputus bekalan elektrik. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.