saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/07/2010

KL-Jakarta tubuh unit khas


AHMAD Shabery Cheek (kiri) bersalaman dengan Andi Mallarangeng selepas memeterai perjanjian Bandung Games 2010 yang akan menampilkan penyanyi Yuna (dua dari kanan) sebagai Duta Bandung Games 2010, di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 14 Julai - Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat untuk menubuhkan sebuah unit khas yang berperanan menangani pelbagai isu membabitkan hubungan dua hala melalui penglibatan golongan belia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, , kata sepakat itu dicapai hasil pertemuannya dengan rakan sejawatan dari Indonesia, Andi Mallarangeng sempena program Titian Muhibah Malaysia-Indonesia selama dua hari di ibu negara bermula kelmarin.

Katanya, unit khas berkenaan akan ditubuhkan di kementerian masing-masing dalam masa terdekat.

"Hubungan Malaysia dan Indonesia sememangnya diakui akrab tetapi dalam keakraban itu kita tidak boleh ambil mudah. Dalam kemesraan yang dibina dan dipupuk, sudah tentu ada yang cemburu sehingga menimbulkan rasa curiga antara kedua-dua negara ini.

"Justeru, unit khas ini ditubuhkan dengan mengkhusus kepada mengendalikan isu-isu membabitkan hubungan Malaysia-Indonesia dengan cara memupuk semangat belia bersatu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri acara sukan sempena program Titian Muhibah Malaysia-Indonesia di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dekat sini hari ini.

Turut hadir Duta Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar.

Hubungan Malaysia-Indonesia sering mengalami 'pasang surut' dengan pelbagai insiden yang kurang enak tercetus atau cuba dicetuskan sehingga menimbulkan suasana tidak selesa antara rakyat kedua-dua negara termasuk isu tarian Pendet.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, selain berperanan menangani isu-isu membabitkan hubungan dua hala, unit khas yang akan ditubuhkan itu bakal menganjurkan pelbagai program serta aktiviti bagi merapatkan lagi hubungan belia Malaysia dan Indonesia.

Menurutnya, antara program yang dirancang adalah penganjuran forum belia, Jambori Pengakap dan kejohanan sukan.

Buat permulaan, katanya, penganjuran Bandung Games 2010 di Bandung, Indonesia bermula 8 hingga 10 Oktober ini akan dijadikan medan menyatukan belia kedua-dua negara.

"Kejohanan sukan yang julung-julung kali diadakan itu akan menghimpunkan lebih 6,000 penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di beberapa universiti di Indonesia.

"Mereka juga akan terlibat dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang turut membabitkan penuntut universiti Indonesia," jelasnya.

Terdahulu, pada sidang akhbar berkenaan, beliau turut mengumumkan pelantikan penyanyi Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai sebagai Duta Bandung Games 2010.

Sementara itu, Andi ketika ditemui berkata, pihaknya amat menyokong penubuhan unit khas berkenaan yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada golongan belia.

"Dengan adanya kesepakatan, hubungan Malaysia dan Indonesia akan bertambah akrab," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.