saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 15/07/2010

Indonesia sasar juara Sukan SEA 2011


Ahmad Shabery Cheek (tengah) bersalam dengan Andi Mallarangeng pada pelancaran Program Titian Muhibah dan pengenalan Bandung Games 2010, di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR – Indonesia melaungkan amaran untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-26 yang akan diadakan di empat lokasi berbeza negara itu, tahun depan.

Lokasi-lokasi tersebut melibatkan wilayah Jakarta, Bandung, Palembang dan Semarang.

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Andi Mallarangeng berkata, sebelum ini, Indonesia merupakan negara yang unggul di peringkat Sukan SEA, namun disebabkan kemelesetan ekonomi, prestasi atlet negara itu turut merudum.

‘‘Kami mempunyai ramai atlet berbakat dan saya yakin kita mampu menggunakan kesempatan sebagai tuan rumah untuk muncul juara bagi mengulangi kejayaan lalu,’’ katanya pada Program Titian Muhibah dan pengenalan Bandung Games 2010, semalam.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menurut Dr. Andi, 44 acara akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2011, dengan acara-acara penting yang tidak dipertandingkan di Laos, seperti gimnastik akan dianjurkan.

Jelasnya, persiapan bagi menghadapi Sukan SEA, berjalan lancar, yang mana keempat-empat wilayah terlibat telah menunjukkan komitmen masing-masing bagi menjayakan temasya tersebut.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, Bandung Games 2010, yang akan diadakan pada 8 hingga 10 Oktober ini, bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara.

‘‘Kita menganjurkan satu kejohanan sukan massa, yang mana mahasiswa kita di Indonesia akan terlibat sama bagi menjayakan Bandung Games,’’ ujarnya.

Beliau memberitahu, antara sukan yang akan dipertandingkan ialah futsal, badminton, boling, bola tampar, bola sepak, tari tali dan juga sukan tradisional seperti congkak, catur serta batu seremban.

Dalam pada itu, penyanyi popular tanah air, Yunalis Zarai atau lebih dikenali Yuna, dipilih sebagai duta Bandung Games.

Menurutnya, dia bersetuju untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai duta, kerana minat yang mendalam terhadap bidang sukan.

‘‘Saya merupakan bekas pemain boling yang pernah mewakili Perlis pada Sukan Malaysia.

‘‘Sebagai seorang penuntut universiti sewajarnya saya memberi sokongan dengan menjadi duta Bandung Games,’’ jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.