saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 15/07/2010

Saintis AS cipta paru-paru tiruan

WASHINGTON 14 Julai - Para penyelidik Amerika Syarikat mencipta paru-paru tiruan primitif yang digunakan oleh tikus untuk bernafas selama beberapa jam, yang merupakan langkah membangunkan pertumbuhan organ baru daripada sel- sel pesakit sendiri.

Penemuan itu yang dilaporkan dalam jurnal Nature Medicine adalah kali kedua dalam bulan ini bagi para penyelidik mencari jalan untuk membangunkan paru-paru daripada sel-sel biasa.

Dalam kajian terkini, Harald Ott dan rakan-rakannya di Hospital Umum Massachusetts dan Sekolah Perubatan Harvard di Boston memindahkan sel-sel daripada paru-paru tikus bagi meninggalkan kerangka atau matriks.

Mereka merendamkannya dalam bioreaktor bersama dengan beberapa jenis sel paru-paru manusia untuk mencipta tekanan bagi merangsang tekanan di dalam tubuh agar membolehkan paru-paru berfungsi dan fleksibel.

Semasa memindahkannya ke dalam tikus, ia berfungsi selama enam jam walaupun tidak sempurna.

Sel-sel itu mengambil tempat dan berkembang ke dalam jenis tisu yang berbeza kelihatan di dalam paru-paru, lapor kumpulan Ott.

Para penyelidik itu berkata, eksperimen itu boleh dilakukan dengan sel stem yang tidak matang, termasuk sel stem embrio, yang boleh berkembang menjadi mana-mana jenis sel lain dalam badan.

Potensi pasaran adalah besar dan berpuluh-puluh syarikat menceburi bidang perubatan regeneratif, seperti di makmal Universiti Harvard.

Hampir 25 juta orang hidup dengan penyakit paru-paru kronik dan kira-kira 120,000 pesakit mati pada peringkat akhir penyakit paru-paru setiap tahun di Amerika Syarikat sahaja, lapor kumpulan Ott.

"Pemindahan paru-paru tetap satu-satunya rawatan muktamad bagi penyakit paru-paru yang berada di peringkat terakhir. Seperti dengan organ lain, bagaimanapun bekalan dari penderma paru-paru adalah terhad. Pada tahun 2005, hanya satu daripada empat pesakit menunggu untuk menjalani pemindahan paru-paru," tambah mereka, memetik daripada United Network of Organ Sharing.

Bulan lepas, sebuah kumpulan dari Universiti Yale di Connecticut menanam tisu paru-paru tiruan ke dalam tikus yang membantu haiwan itu bernafas selama dua jam. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.