saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 16/07/2010

Saintis Iran didakwa terima bayaran daripada CIA


Shahram Amiri disambut oleh kaum keluarganya ketika tiba di Lapangan Terbang Imam Khomeini, Teheran, semalam. – AFP


WASHINGTON 15 Julai – Akhbar Washington Post melaporkan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) membayar sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) kepada saintis nuklear Iran Shahram Amiri untuk mendapatkan maklumat perisikan mengenai program nuklear negara itu.

Shahram pulang ke Iran hari ini dengan disambut sebagai wira setelah mendakwa beliau diculik oleh ejen-ejen Amerika Syarikat (AS) dan kemudian ditawarkan wang sebanyak AS$50 (RM160 juta) untuk menetap di AS.

AS berkata, Shahram berpaling tadah secara sukarela tetapi kemudian menukar fikiran dan meminta dihantar balik ke Iran.

Edisi dalam talian akhbar Washington Post lewat semalam memetik pegawai kanan AS sebagai berkata, Shahram bekerja untuk CIA selama lebih setahun.

Beliau menerima bayaran sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) daripada sebuah program rahsia yang bertujuan untuk menarik saintis dan pakar lain yang memiliki maklumat mengenai program nuklear Iran supaya berpaling tadah.

Setibanya di Teheran Shahram berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat rahsia dan hanyalah seorang ‘penyelidik biasa’, dan menyangkal dakwaan pegawai Iran sendiri bahawa beliau seorang saintis nuklear.

“Saya tidak ada kaitan dengan tapak-tapak nuklear Natanz dan Fordo. Saya telah diperalatkan oleh AS untuk meningkatkan tekanan politik dan saya tidak pernah menjalankan penyelidikan nuklear,” kata Shahram yang merujuk kepada dua loji pengayaan uranium Iran.

Semasa sidang media di Teheran hari ini, Shahram mendakwa diseksa dengan teruk secara mental dan fizikal semasa dua bulan pertama ditahan dan pernah disoal siasat oleh ejen-ejen Israel.

Katanya, penculikannya adalah ‘perang psikologi ke atas Iran dan membuktikan segala pembohongan yang mahu disebarkan oleh AS kepada negara lain mengenai Iran’.

Shahram yang menghilangkan diri dari Arab Saudi semasa mengerjakan umrah pada Jun 2009, tiba di Teheran hari ini selepas muncul di Bahagian Kepentingan Iran di Kedutaan Pakistan di Washington pada Isnin lalu. – AP/AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.