saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/07/2010

Rasional atau tidak?


Datuk Wira Mazlan Ahmad


KUALA LUMPUR – Cadangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk Malaysia menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 bersama Indonesia, kelmarin mengundang pro dan kontra.

Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang memperlekehkan cadangan tersebut.

Persoalannya, adakah cadangan tersebut rasional atau tidak?

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad yang ditanya mengenai cadangan itu, tidak mahu mengulas banyak. Cuma beliau mahu berkongsi pengalaman yang sangat menarik untuk dinilai bersama.

Menurutnya, beliau masih ingat kata-kata bekas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Juan Antonio Samaranch kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika delegasi Malaysia berkunjung ke ibu pejabat IOC di Laussane, Switzerland pada November, 1998 untuk membuat bidaan tuan rumah Sukan Olimpik 2008.

Katanya, Samaranch tidak terus menolak bidaan Malaysia, sebaliknya meninggalkan kata-kata yang cukup bermakna: “Saya tidak menafikan Malaysia mempunyai fasiliti dan kemampuan untuk menjadi penganjur Sukan Olimpik jika diberi peluang tetapi soalan saya, adakah Malaysia memiliki atlet yang mampu memberikan pingat emas?

“Saya tidak bercakap tentang seorang atlet tetapi sekumpulan atlet yang bagus untuk menghadiahkan pingat kepada negara anda kerana bagi IOC kriteria penting yang diambil kira sebelum menyerahkan hak tuan rumah kepada sesebuah negara adalah sekuat manakah atlet mereka.”

Menurut Mazlan, kata-kata Samaranch itu meninggalkan Muhyiddin terdiam seketika. Akhirnya, Malaysia gagal berada dalam senarai pendek lima calon akhir tuan rumah dan bandar raya Beijing dipilih sebagai tuan rumah Temasya 2008.

Mazlan ketika ditanya apakah realistik untuk Malaysia menawarkan diri sebagai tuan rumah Piala Dunia 16 tahun dari sekarang kerana tempoh berkenaan dilihat masih jauh ke hadapan dan pelbagai program pembangunan boleh dilakukan untuk membentuk sebuah pasukan mantap, Mazlan berkata, penilaian ke atas Malaysia bukan dibuat 16 tahun dari sekarang tetapi pada hari ketika kita mengemukakan bidaan.

“Kalau kita hendak membida Piala Dunia 2026, bermakna bidaan kena dilakukan kira-kira 12 tahun lebih awal mungkin pada 2014.

Persoalannya, apakah kita sudah memiliki sebuah pasukan yang baik pada hari kita melakukan bidaan?

“Orang tidak menilai kita pada hari kejohanan berlangsung, orang akan menilai (untuk membuat pemilihan) pada hari kita membuat bidaan. Mampukah Malaysia memiliki sebuah pasukan yang baik empat tahun dari sekarang? Persoalan itu perlu dijawab dahulu sebelum kita memikirkan perkara lain,’’ ujar Mazlan lagi.

Kata Mazlan, biarpun OIC dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah dua badan berbeza, namun beliau percaya, kedua-duanya mempunyai prinsip yang sama, menilai keupayaan skuad yang dimiliki negara pembida sebelum mempertimbangkan bidaan mereka.

Sementara itu jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, keutamaan Malaysia ketika ini sepatutnya adalah memantapkan kedudukan skuad bola sepak kebangsaan untuk menjadi pasukan disegani di rantau Asia, sebelum memikirkan perkara yang lebih besar.

Kata Irfan, Malaysia hanya akan menjadi ‘bahan gelak’ andai hasrat berkenaan diteruskan ketika negara ini sendiri masih belum mampu muncul juara di rantau sendiri.

“Dalam tempoh terdekat ini, lupakanlah dulu hasrat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia. Biarlah kalau Indonesia atau Thailand hendak jadi tuan rumah, kita usah terikut-ikut mereka. Walaupun kita bercakap tentang 16 tahun dari sekarang tetapi dengan mutu bola sepak kita sekarang, saya rasa 16 tahun itu tidak lama.

“Saya tidak mempertikaikan fasiliti yang ada di negara ini, kita punya banyak gelanggang bertaraf antarabangsa tetapi persoalannya, atas kapasiti apakah yang melayakkan Malaysia menjadi tuan rumah, sedangkan cabaran kita di peringkat Asia sendiri masih terumbang ambing,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.