saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/07/2010

Muzikal Tun Mahathir




ADA yang mesra menggelarnya dengan panggilan Dr.M., tidak kurang juga ada yang selesa mengenalinya dengan panggilan Che Det.

Sebutlah apa sahaja panggilan pun, dia tetap satu-satunya pemilik nama Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang tokoh terulung yang pernah memimpin negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Tidak perlu bercerita panjang kerana semua sudah tahu, bapa permodenan ini sangat dikasihi dan disayangi rakyat kerana segala keistimewaan yang ada padanya. Apatah lagi jika menyebut tentang kejayaan Che Det dalam meletakkan Malaysia di mata dunia.

Nah, inilah punca mengapa pelakon Esma Daniel dan primadona filem tempatan, Erra Fazira tidak senang duduk diselangi rasa gementar.

Peluang selama 11 hari 'menjadi Tun Dr. Mahathir' manakala Erra menerusi watak 'Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali', menerusi pementasan teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) bukanlah semudah seperti menikmati secawan kopi di warung mamak. Tanggungjawab itu sangat besar.

"Membawakan watak seorang tokoh yang disegani seperti Tun mana mungkin boleh dipandang ringan. Apatah lagi beliau masih hidup dan berbakti kepada negara walau sudah bersara dari bidang politik.

"Saya menganggap ini satu amanah besar. Sesiapa pun dapat merasakan bahawa tanggungjawab ini sangat berat," luah Esma Daniel, 41, saat berbicara mengenai watak Tun. Dr. Mahathir yang akan dizahirkan pada pementasan teater itu bermula 24 September sehingga 4 Oktober nanti.

Tidak lekang dengan senyuman, Esma turut mengaku dirinya menumpang bangga di atas peluang yang diberikan oleh penerbit produksi MTM, Siti Rohaya Attan meski hati berdebar dihambat rasa gemuruh.

Cerita Esma, debaran semakin menjadi-jadi apabila menyedari pementasan MTM itu kelak akan dihadiri dan disaksikan sendiri oleh Tun bersama isteri tercintanya di Istana Budaya.

"Jujurnya, saya tidak pernah berpeluang untuk berbual dengannya secara formal. Pernah juga bertemu muka sekali dua tetapi itu pun sekadar sempat menghulurkan salam dan berjabat tangan. Perasan itu lain.

"Teruja? Ya benar. Siapa yang tidak mahu menjadi 'Perdana Menteri' bukan? Yang anehnya, latihan belum pun lagi dijalankan, tetapi gemuruhnya sudah terasa," katanya.

Saya tidak layak

Diamanahkan untuk membawa peranan Tun semasa dewasa dan menjadi suami kepada gadis yang dicintainya sejak di alam siswa siswi, Esma ternyata mahu menginterpretasikannya dalam keadaan berhati-hati kerana bimbang apa yang disampaikan terpesong dari fakta sebenar.

Malah, dalam nada rendah diri, pelakon serba boleh yang pernah terlibat dalam teater berjudul Julia ini menganggap bahawa dirinya tidak layak untuk menjadi 'Mahathir' meski hanya sehari diberi peluang.

"Bukan tidak yakin, tetapi rasanya seperti tidak layak untuk menjadi seorang 'Mahathir' di mata umum. Lagipun sebelum ini, ada calon-calon lain yang disebut untuk membawakan watak beliau.

Terjemahan Erra

Selain memaparkan kehidupan Mahathir dari zaman kanak-kanak, zaman remaja di bangku persekolahan hingga Senior Cambridge, zaman universiti di Singapura dan era politiknya, MTM turut menyelitkan kisah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah.

Untuk karakter ini, Siti Rohayah telah memilih Erra Fazira bagi menerajui watak yang juga bukan mudah.

Kata Erra, dia banyak terikat dengan watak ini kerana Tun. Dr. Siti Hasmah dari kaca matanya adalah seorang wanita yang penuh kelembutan, bersifat keibuan dan sentiasa menjaga santun katanya.

Justeru, tiada alasan untuk Erra menjayakannya secara berlebih-lebihan kerana jelas terdapat 'garis panduan' di situ.

"Menerusi perbualan santai yang diadakan antara pihak produksi dengan Tun Dr. Siti Hasmah sebelum ini, jelas sekali Tun begitu menitikberatkan pembawaan setiap karakter yang terlibat untuk pementasan MTM.

"Banyak rahsia yang Erra cungkil demi menjayakan watak beliau.

"Malah, Erra juga terkejut apabila Tun membuka cerita disebalik karakternya yang lembut, beliau merupakan seorang yang gemarkan sukan lasak dan agresif ketika zaman mudanya. Ini antara yang akan dipaparkan dalam MTM itu nanti," katanya.

Erra yang kembali semula ke dunia teater selepas menerajui pementasan teater Selendang Umi 10 tahun lalu menambah, penonton juga akan lebih mengenali Tun. Dr. Siti Hasmah yang layak digelar wanita timur menerusi pementasan MTM itu.

Masakan tidak, kata Erra, usah memasang angan untuk melihat dia memakai gaun atau pakaian yang sewaktu dengannya kerana mengenali diri Tun Dr. Hasmah, dia tidak pernah langsung memakai pakaian sedemikian seumur hidupnya.

"Kata Tun, hanya baju kurung atau kebaya sahaja yang disarung di badannya selama ini. Penuh ciri ketimuran. Malah, penonton juga berpeluang menyaksikan satu babak di mana pasangan unggul ini menari di dalam sebuah majlis.

"Lucunya, Tun Dr. Siti Hasmah tidak memakai gaun malam, tetapi menari dengan suaminya dengan hanya berbaju kebaya," jelas Erra yang turut mengaku sukar menghilangkan rasa gemuruh demi MTM meski mempunyai tempoh dua bulan menjalani latihan dan persiapan sebelum pementasan bermula.

Teater arahan Rosminah Mohd. Tahir dengan bajet RM2 juta itu bakal melibatkan seramai 200 orang pelakon manakala 20 hingga 30 buah lagu bakal melatari perjalanan teater ini.

Selain Esma dan Erra, pelakon lain yang akan menjayakan MTM ialah Zizan Nin, Datuk Jalaluddin Hassan, Erma Fatima, Ako Mustapha, Zaibo serta Mohd. Shafeiq Shazwan yang akan membawakan watak Mahathir sewaktu kecil.

Bagi penyanjung figura ulung ini, jangan lepaskan peluang untuk menonton MTM di Istana Budaya pada 24 September ini.

Tiket dijual dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150. Untuk tempahan, layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-4026 5558.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.