saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2010

Kumpulan E-6 johan Rentak Juara 2010


ANGGOTA Kumpulan E-6 membolot hadiah utama wang tunai RM200,000 selepas menjadi johan pertandingan akhir Rentak Juara 2010 di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tunku Muhammad, Seremban, semalam.


SEREMBAN 18 Julai - Kumpulan E-6 (Enigmatic 6) mengungguli Rentak Juara 2010 (RJ2010) apabila muncul sebagai johan pada pertandingan akhir di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tunku Muhammad dekat sini malam tadi.

Kemenangan tersebut melayakkan kumpulan anak muda dari Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000, sijil dan trofi.

Kumpulan itu mempertaruhkan lagu Orak Arek dan Gipsy Terakhir dalam pertandingan yang disaksikan oleh lebih 1,000 penonton dan turut disiarkan secara langsung menerusi TV2.

Naib Johan pula jatuh kepada kumpulan Enava dari Kuala Lumpur yang berjaya memenangi wang tunai RM50,000 selain trofi dan sijil penyertaan.

Kategori Kumpulan Paling Popular dimenangi oleh Anthem dengan undian penonton sebanyak 35 peratus yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Kumpulan D'Rough Mixture pula muncul sebagai pemenang kategori Lagu Terbaik yang membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 setelah mempertaruhkan lagu Penyesalan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Lapan kumpulan bertanding pada pertandingan akhir tersebut iaitu D'Rough Mixture, Enava, Anthem, Superfriends, E-6, Alternature, Car Crash Hearts serta Brownees.

Pertandingan musim keempat itu mencipta sejarah apabila menawarkan hadiah paling lumayan iaitu RM300,000 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.