saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/07/2010

Kenangan Ella, The Boys

Judul Album: TerunggulArtis: Ella & The BoysKonsep Muzik: RockTerbitan: Sony Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.KOMEN: Penampilan Ella sebagai penyanyi rock solo dan berkumpulan bersama The Boys cukup berbeza. Jika solo elemen balada kuat melingkari gaya suara dan lenggoknya yang melankolik.

Tidak seperti sewaktu bersama The Boys pada era tahun 1985 hingga penghujung 1980-an lebih kental elemen rock di dalamnya.

Album kompilasi dengan dua cakera padat mengandungi 22 lagu ini sewaktu Ella bersama The Boys meniti zaman kegemilangannya.

Ella mempunyai gaya suaranya yang tersendiri biarpun ketika dia meneran yang banyak meneruskan trend yang dibawakan oleh penyanyi rock Barat pada era tahun 1980-an.

Misalnya, Wendy O William atau Lita Ford yang memang serasi dan bertepatan dengan zaman lagu-lagu dalam album ini diterbitkan.

Gitaris The Boys iaitu Lord paling banyak mempengaruhi perjalanan jalur muzik kumpulan itu kerana kebanyakan lagu adalah ciptaannya.

Paling ketara sewaktu kemunculan Ella dan The Boys dalam album kompilasi Battle of the Bands pada awal mereka aktif dalam bidang muzik.

Elemen rock 'n roll dan sedikit blues tidak terkecuali mempengaruhi Ella dan The Boys contohnya melalui lagu Penggoda apatah lagi ia dikuatkan dengan petikan piano.

Antara lagu-lagu terbaik mereka dalam album ini berjudul Dua Insan Bercinta, Cinta Berakhir, Ulat Bulu dan Hanya Secebis Jawapan.

Bintang: HHHHH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.