saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 19/07/2010

Wanita di koc KTMB merah jambu kena raba


Seorang lelaki kelihatan bersahaja menaiki koc merah jambu yang telah dikhaskan untuk wanita.


SAYA adalah salah seorang pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tetapi kali ini aduan saya bukanlah tentang kelewatan servisnya.

Aduan saya berkaitan dengan koc wanita yang diperkenalkan beberapa bulan yang lalu dan semalam adalah kali ketiga saya menaikinya.

Sepanjang tiga kali menaikinya, dari pemerhatian saya, koc ini dengan mudahnya dapat dimasuki kaum lelaki kerana pengawasan yang dilakukan tidak di semua tempat dan tidak sepenuh masa.

Malah saya sendiri telah ‘diganggu’ di dalam koc wanita dan diekori, apabila ingin membuat aduan. Soalan pertama yang ditujukan: “Ada gambar si pelaku?” Sudah tentulah tiada kerana saya terlalu sibuk menepis tangan gatal lelaki terbabit.

Untuk pengetahuan anda, saya sudah hampir lima tahun menggunakan khidmat KTMB secara mingguan dan tidak pernah saya mengalami kejadian seperti itu di koc biasa sebelum ini.

Tujuan utama saya menulis e-mel ini bukanlah untuk menyalahkan pihak KTMB, tetapi saya ingin mencadangkan:

Pertama, kamera pengawasan harus dipasang di dalam tren KTMB yang saya rasa bukan sahaja dapat mengurangkan masalah gangguan seksual, tetapi juga aksi-aksi pasangan, penyeluk saku dan sebarang salah laku.

Kedua, butang keselamatan dipasang di bahagian yang mudah dicapai seperti butang loceng di dalam bas awam di mana butang keselamatan itu dapat memberitahu pegawai keselamatan bertugas untuk bersedia ke koc berkenaan dan membantu.

Ketiganya, pegawai keselamatan harus ada untuk memastikan tiada lelaki memasuki koc wanita, ini kerana kewujudan koc ini tidak berfungsi sepenuhnya malah tanpa pemantauan sebenarnya koc wanita terdedah kepada bahaya kerana salah seorang daripada kumpulan lelaki yang memasuki ruangan ini mungkin berniat jahat dan tiada ‘hero baik’ yang telah memasuki tren wanita untuk menyelamatkan keadaan.

Saya harap ada tindakan akan diambil demi meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara kita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.