saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 19/07/2010

'Kami bukan GLC anak emas'


SHAHROL AZRAL IBRAHIM HALMI


KUALA LUMPUR 18 Julai - 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya syarikat pembangunan strategik itu adalah anak emas di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, dakwaan berkenaan tidak betul sama sekali kerana 1MDB adalah entiti baru dilahirkan tetapi pada masa sama perlu memastikan agenda nasional yang diamanahkan berjaya dilaksanakan.

Tegasnya, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tetapi ia tidak bermakna 1MDB diberi layanan istimewa.

''Saya percaya Perdana Menteri seorang yang adil. Kalau 1MDB tidak berupaya mencapai hasil yang diharapkan, jangan harap kami boleh mendapat layanan istimewa.

''Tetapi, saya percaya sekiranya kami mampu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan, pasti suatu hari kami akan diiktiraf,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai tohmahan terhadap 1MDB yang didakwa mendapat layanan istimewa kerajaan.

1MDB yang ditubuhkan pada 2009 adalah hasil transformasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dijadikan dana kerajaan Pusat berbanding sebelumnya TIA sebagai entiti kerajaan negeri.

Ia memainkan peranan memacu inisiatif strategik untuk pembangunan ekonomi mampan jangka panjang dan menggalakkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) ke dalam negara.

Shahrol menambah, meskipun dilempar dengan pelbagai tuduhan liar, setakat ini 1MDB berjaya menunjukkan kemajuan yang baik.

Malah, katanya, dengan kekuatan 40 kakitangan yang ada, 1MDB bekerja keras untuk membina kepercayaan pelabur asing untuk memastikan kestabilan pelaburan dalam jangka panjang.

''Kami tidak sewenang-wenangnya menabur janji untuk mengambil kesempatan terhadap dana asing kerana strategi 1MDB adalah untuk jangka panjang.

''Kami sedar ramai yang menyatakan kami lembap. Pelaburan adalah diumpama menanam pokok, kami boleh meletakkan banyak baja, pokok akan tumbuh cepat, tetapi tidak (bertahan) lama,'' ujar beliau.

Menjawab dakwaan kononnya 1MDB menggunakan wang royalti Terengganu, Shahrol berkata, tidak ada satu sen pun daripada wang tersebut digunakan oleh agensi itu.

Sebaliknya, beliau berkata, 1MDB mendapat dana melalui jaminan bon Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5 bilion.

''Kami telah bekerja keras untuk bersama-sama menjual bon berkenaan, bukan meraih daripada wang royalti,'' tegas beliau.

Beliau menyedari dakwaan tersebut muncul dari sebuah blog, yang kemudian berangkai kepada blog-blog lain pula.

Jelasnya, 1MDB melihat dakwaan berkenaan tidak berasas langsung, sebab itu kebanyakan dakwaan mengenai penggunaan wang royalti itu hampir sama sahaja.

Shahrol yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Urusan Sektor Awam di Accenture mengakui tidak mudah memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di 1MDB.

Ini kerana, tambahnya, sebagai ahli baru dalam GLC, prestasi 1MDB sentiasa menjadi pemerhatian semua pihak dan untuk menjawab segala tohmahan, agensi itu perlu sentiasa membuktikan kejayaannya.

Di sebalik itu, katanya, 1MDB juga amat bertuah kerana tidak memiliki legasi dan mempunyai cara tersendiri untuk mencipta dan memikul agenda negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.