saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 19/07/2010

Teknologi pertama di Asia




KEJAYAAN Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan benih padi berkualiti terbukti dengan pelancaran dua benih baru iaitu hasil penyelidikan selama kira-kira tujuh tahun.

Kejayaan tersebut menawarkan benih padi baru iaitu MR220CL1 dan MR220 CL2 melibatkan BASF menerusi penyelidikan bersama dengan kos kira-kira RM500,000.

Kejayaan tersebut menurut Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Shukor Abdul Rahman sangat bermakna bukan sahaja kepada agensi yang diketuainya sahaja tetapi juga kepada penanam padi yang sekian lama menghadapi masalah padi angin yang mengancam pengeluaran mereka.

Beliau yang ditemui pada majlis pelancaran dua varieti padi baru tersebut di Pusat Benih Felcra Seberang Perak berkata, pengenalan benih baru padi dan dan Sistem Pengeluaran Clearfield (CPS) tepat pada masanya dalam usaha mengurangkan masalah padi angin.

"Kita mahu masalah padi angin yang selama ini membelenggu petani dapat dia atasi dan meningkatkan pendapatan mereka,'' katanya.

Malah katanya, sistem tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Asia turut menarik minat Vietnam yang dijangka menggunakan sistem yang sama dengan menggunakan benih sendiri tidak lama lagi.

Beliau berkata, sistem tersebut melibatkan tiga pihak iaitu MARDI, BASF (Malaysia ) Sdn. Bhd. dan Felcra Berhad.

BASF merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri kimia, plastik dan produk pertanian.

Menurut Abdul Shukor, dua benih padi baru iaitu MR220CL1 dan MR220 CL2 pada asalnya ialah B55 dan B64 sebelum namanya diisytiharkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Seberang Perak baru-baru ni yang turut disaksikan Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman.

Kata Abdul Shukor, penggunaan MR dikekalkan bagi menunjukkan padi tersebut adalah daripada baka induk atau titisan MR220.

Sistem tersebut mengandungi tiga komponen utama iaitu penggunaan rumusan racun rumpai imidazolinone yang dapat mengawal padi angin dengan berkesan, latihan dan panduan penggunaannya serta penggunaan varieti padi kebal kepada racun tersebut.

Setakat ini, penggunaan sistem tersebut diperluaskan di kalangan penanam padi di kawasan tersebut sebelum diperluaskan ke kawasan lain.

Sementara menurut Noh, pihaknya akan memanfaatkan varieti tersebut untuk mengamalkan CPS sistem estet padi yang berskala besar seperti yang diamalkan di kawasan Seberang Perak.

''Kita juga akan menjadikan dua varieti baru ini sebagai benih padi sahaja pada tahun hadapan,'' katanya.

Beliau berkata, sebanyak 84,000 tan metrik padi sah dikeluarkan setiap tahun untuk digunakan oleh pesawah.

Sementara itu seorang penyelia ladang di kawasan tersebut, Ibrahim Saad menjelaskan , kemunculan sistem tersebut dapat membantu mengatasi masalah padi angin dengan lebih cepat.

Sebelum ini katanya, penanam padi terpaksa mengeluarkan kos antara RM500 dan RM1,000 bagi kawasan sehektar sawah untuk memangkas padi angin secara manual.

''Bayangkan upah seorang pekerja antara pukul 8 hingga pukul 12 ialah RM30,'' katanya yang memberitahu bahwa percubaan sistem CPS telah dimulakan sejak tiga musim lepas. - LAUPA JUNUS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.