saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/07/2010

Singapura tahan penulis Britain

SINGAPURA 18 Julai Polis Singapura menahan penulis warga Britain, Alan Shadrake kerana didapati memfitnah dan menghina mahkamah, sehari selepas bukunya tentang hukuman bunuh dilancarkan di negara ini.

Penahanannya dibuat ekoran laporan polis yang dibuat oleh agensi kerajaan, Lembaga Pembangunan Media, menurut polis melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jabatan Peguam Negara turut memfailkan permohonan untuk mendakwa penulis buku itu atas kesalahan menghina mahkamah, kata kenyataan itu.

Shadrake yang ditahan di sebuah hotel semalam, kini di dalam tahanan polis untuk disoal siasat, kata jurucakap polis.

Dalam satu e-mel yang diedarkan pada 3 Julai lalu, Shadrake yang menggelar dirinya sebagai penulis dan wartawan bebas dari Britain menyatakan hasratnya untuk melancarkan buku terbarunya bertajuk Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock, Sabtu lalu.

Semalam, akhbar The Straits Times dalam laman webnya melaporkan Shadrake, 75, menulis dalam bukunya setebal 219 muka surat itu tentang beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan hukuman mati.

Ia turut memuatkan temu ramah dengan beberapa bekas pegawai terlibat dalam menggantung pesalah yang dikenakan hukuman gantung sampai mati di negara ini.

Undang-undang Singapura mengenakan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan jenayah seperti bunuh dan pengedaran dadah.

Bagaimanapun, kadar jenayah di negara yang mempunyai penduduk seramai lima juta orang ini adalah antara terendah di dunia. REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.