saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/07/2010

Pakistan terima bantuan RM1.65 bilion dari AS

ISLAMABAD 19 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton hari ini mengumumkan bantuan bernilai AS$500 juta (RM1.65 bilion) kepada Pakistan bagi melaksanakan projek-projek baru, satu usaha Washington untuk mengurangkan rasa ragu-ragu rakyat dalam kempen bersama memenangi perang di negara jiran, Afghanistan.

Beliau berada di Islamabad selama dua hari sebagai sebahagian dialog strategik Pakistan, satu siri rundingan yang bertujuan mengukuh hubungan antara sekutu-sekutu dalam usaha menentang al-Qaeda dan Taliban.

"AS bukan hanya mahukan satu dialog antara kerajaan tetapi juga dengan rakyat," katanya menjelang pertemuan 'dialog strategik' kedua antara negara-negara di sini, esok.

Beliau kemudian akan terbang ke Kabul bagi menghadiri satu persidangan antarabangsa ketika perang yang diketuai AS di Afghanistan semakin diragui oleh Kongres Amerika.

Clinton mengumumkan beberapa rangkaian projek baru termasuk empangan, penjanaan tenaga, pembangunan pertanian dan pembinaan hospital, dibiayai di bawah perundangan AS yang diluluskan pada tahun lalu, yang menyaksikan pertambahan bantuan sebanyak tiga kali ganda untuk Pakistan kepada AS$7.5 bilion (RM25 bilion) sejak lima tahun lepas.

Projek-projek tersebut yang pertama kali dilancarkan di bawah pelan bantuan baru, dilihat sebagai langkah penting untuk menyokong usaha AS memerangi militan di sebuah negara, yang menyaksikan satu daripada lima rakyatnya berpandangan positif terhadap AS.

"Pembiayaan ini bukanlah perbelanjaan sekali sahaja, tetapi pelaburan jangka panjang untuk masa depan Pakistan," katanya.

Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi turut berkongsi keyakinan itu dengan Clinton.

"Ini adalah fasa transformasi dalam hubungan dua hala kami," ujarnya.

Pakistan turut berhasrat meningkatkan akses pasaran, menguatkan sumber-sumbernya dalam operasi anti-keganasan dan akses kepada tenaga serta teknologi-teknologi lain. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.