saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/07/2010

Ahmad Idham, David Teo digesa henti buat filem

KUALA LUMPUR 20 Julai - Pengarah filem, Ahmad Idham Ahmad Nazri dan penerbit filem, David Teo Chew Huat digesa menarik diri daripada terus bergiat dalam industri perfileman sekiranya ingin terus kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah berkata, penarikan tersebut perlu bagi mengelakkan terjadinya konflik berkepentingan.

Tambah beliau, PFM juga berasa hairan dengan berita pelantikan Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas untuk penggal kedua dan khabar angin yang mengatakan pengarah filem itu bakal Ketua Pengarah Finas yang baru.

Ini kerana satu memorandum bantahan mengenai pelantikan tersebut telah dihantar kepada menteri yang berkenaan sebelum ini.

"Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga masih belum mengeluarkan sebarang surat hitam putih mengenai pelantikan tersebut sehingga membuat semua pihak tertanya-tanya.

"Sehubungan itu, PFM berharap agar isu ini dapat diperjelaskan dengan seberapa segera bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan penggiat filem yang lain selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penghantaran memorandum mengenai usul berbangkit Konflik Berkepentingan Lantikan Ahli Lembaga Finas serta Panel Penilai Dana Perfileman kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat PFM, Norman Abdul Halim; Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Datuk M. Daud Wahid dan sutradara terkenal, Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Penggiat industri perfileman sebelum ini kecoh membincangkan khabar angin mengenai pelantikan Ahmad Idham sebagai Ketua Pengarah Finas yang baru menggantikan Mohd. Mahyiddin Mustakim.

Ekoran itu, banyak pihak dalam industri filem yang tidak berpuas hati dengan pelantikan itu mula mengatur strategi membantah keputusan tersebut biarpun belum ada sebarang pengumuman rasmi oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Puad memberitahu, pihak PFM juga telah mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan Ahmad Idham dan David Teo bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua penggiat filem itu menafikan bahawa mereka mempunyai kepentingan tertentu dalam Finas dan menyifatkan apa yang dilakukan itu hanya satu sumbangan kepada industri perfileman negara.

Justeru, katanya, PFM akan terus berunding bagi mencari jalan penyelesaian sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung isu itu termasuk mengajukan kepada pihak atasan bagi tindakan selanjutnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.