saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 21/07/2010

Syria haram niqab di universiti


Niqab(kiri) Burqa(kanan)


DAMSYIK 20 Julai – Syria mengharamkan pemakaian niqab di universiti-universiti di negara ini, dengan menyatakan bahawa pakaian itu bersifat politik.

Pengharaman itu menunjukkan satu persamaan yang jarang berlaku antara kerajaan sekular Syria dengan demokrasi Eropah yang menganggap pemakaian niqab dan burqa adalah satu ancaman.

“Kami telah mengeluarkan arahan kepada semua universiti supaya mengharamkan pemakaian niqab kepada wanita termasuk pelajar dan pensyarah,” kata seorang pegawai di Damsyik kepada Associated Press semalam.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, arahan berkenaan berkuatkuasa di universiti-universiti awam dan swasta, bertujuan melindungi identiti sekular Syria.

Katanya, beratus-ratus guru sekolah rendah yang memakai niqab di sekolah-sekolah kendalian kerajaan, dipindahkan ke unit pentadbiran pada bulan lalu.

Arahan terbaru yang dikeluarkan kelmarin itu bagaimanapun tidak melibatkan tudung, yang biasa dipakai di Syria berbanding niqab.

Syria merupakan negara terbaru dari Asia Barat dan Eropah yang menimbangkan pemakaian niqab, satu simbol yang dikatakan pakaian konservatif Islam.

Pemakaian niqab juga diamalkan di negara-negara berfahaman sekular lain seperti Mesir, Jordan dan Lebanon, namun Jordan tidak menggalakkan pemakaian niqab dengan mengenengahkan laporan berita tentang pencuri-pencuri yang memakai pakaian itu untuk melindungi wajah.

Turki mengharamkan pemakaian tudung di universiti dengan banyak pihak berkata cubaan untuk membenarkan pemakaiannya di sekolah merupakan satu serangan kepada undang-undang sekular di negara itu.

Isu berkenaan hangat diperdebatkan di seluruh Eropah, dengan Perancis, Sepanyol, Belgium dan Belanda sedang menimbang untuk mengharamkan pemakaian niqab dan burqa atas alasan ia menjatuhkan maruah wanita. – AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.