saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 21/07/2010

196 pegawai tentera Turki didakwa

ISTANBUL 20 Julai - Seramai 196 individu termasuk beberapa bekas pegawai kanan tentera Turki didakwa di mahkamah atas tuduhan merancang satu rampasan kuasa terhadap kerajaan Islam, menurut laporan semalam.

Berdasarkan butiran pendakwaan yang dipetik agensi berita Anatolia, rancangan rampasan kuasa itu dibentangkan di pangkalan Tentera Pertama di Istanbul selepas Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) mengambil alih kuasa pada November 2002.

Dalam kertas pertuduhan itu, bekas jeneral tertinggi tentera, Cetin Dogan dinamakan sebagai perancang dan suspek utama di belakang rancangan untuk menggulingkan AKP, pergerakan Islam yang dituduh banyak pihak cuba melemahkan sistem sekular di negara ini.

Anatolia yang memetik kertas pendakwaan itu melaporkan, rancangan rampasan kuasa itu dikemukakan Dogan atas alasan 'Turki mula berada di bawah pengaruh anti-sekular dan elemen fahaman kolot' selepas AKP memerintah.

Turut didakwa ialah bekas Laksamana Tentera Laut, Ozden Ornek; bekas Komander Tentera Udara, Jeneral Halil Ibrahim Firtina; dan pemimpin kedua tertinggi kakitangan turus am, jeneral bersara Ergin Saygun.

Akhbar Hurriyet melaporkan, lebih 30 anggota tentera yang telah bersara dan sedang berkhidmat turut dinamakan sebagai suspek.

Menurut Anatolia, pendakwaan itu menuduh semua defendan 'cuba menggulingkan kerajaan atau menghalangnya daripada melaksanakan tanggungjawab menggunakan paksaan dan keganasan', satu jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara antara 15 hingga 20 bulan.

Pendakwaan itu juga menyatakan bahawa komplot rampasan kuasa berkenaan yang digelar 'Operasi Sledgehammer', merangkumi beberapa peringkat, dimulakan dengan mengambil alih kuasa oleh tentera selepas pergolakan dan kekacauan negara berlaku.

Rampasan kuasa itu turut merancang pengeboman beberapa masjid di Istanbul dan mencetuskan ketegangan dengan Greece melalui Laut Aegean selain menggunakan media untuk meracuni fikiran masyarakat supaya mempercayai kepentingan satu rampasan kuasa dilakukan.

Sebaik-baik rampasan kuasa dilakukan, tentera akan meletakkan anggotanya dalam jawatan penting kerajaan dan institusi-institusi negara sebelum membentuk satu kerajaan untuk mengadakan pilihan raya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.