saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 22/07/2010

Pelajar mangsa diploma tidak diiktiraf

Anak saya mula belajar di UNISEL (Universiti Industri Selangor, Kampus Shah Alam) pada 3 Mei 2007 dan tamat pengajian pada April 2010 dalam bidang Diploma Fisioterapi dengan nilai purata gred yang cemerlang. Sebelum mendaftar, pihak UNISEL telah memberi jaminan bahawa bidang yang diambil oleh anak saya ini telah mendapat kelulusan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Setelah anak saya mengikuti pengajian selama setahun lebih, dia kemudian mendapat tahu bahawa bidang pengajiannya di UNISEL tidak mendapat kelulusan MQA. Perkara ini terbongkar setelah anak saya ingin menjalani latihan praktikal tetapi ditolak mentah-mentah oleh pihak hospital. Hal ini terjadi kerana UNISEL tidak memenuhi syarat-syarat yang diingini oleh pihak hospital di mana salah satunya tidak mendapat kelulusan MQA.

Selain itu, suami saya pula harus bersusah payah menghabiskan kudrat dan wang ringgit bagi mendapatkan tempat praktikal buat anak saya. Saya rasa ibu bapa pelajar lain juga menghadapi masalah yang sama.

Setelah anak saya tamat pengajian, dia telah memohon untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan berkat doa saya dan suami, anak saya diterima sebagai pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian) Fakulti Sains Kesihatan di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA). Beliau telah mendaftar pada 2 Julai 2010. Sebagai seorang ibu, saya rasa sangat gembira di atas kejayaan anak saya.

Saya sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kegembiraan terhenti hanya setakat itu sahaja. Pada 8 Julai 2010 anak saya telah dimaklumkan bahawa beliau tidak boleh lagi meneruskan pengajiannya di IPTA tersebut kerana setelah disemak dan diteliti oleh pihak IPTA, kursus diploma yang diikuti anak saya dulu tidak mendapat kelulusan MQA sepenuhnya. Saya amat kecewa dan marah apabila mengetahui perkara tersebut. Jadi dengan berat hati, saya dan suami terpaksa mengambil anak saya untuk dibawa pulang.

Sampai sekarang saya masih memikirkan nasib yang menimpa anak saya. Tentang masa depan dan umurnya yang semakin meningkat. Penat dan jerih anak saya selama ini belajar untuk mendapatkan segulung diploma dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi hayalah sia-sia belaka.

Harapan saya semoga pihak UNISEL, kerajaan negeri Selangor, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan akan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan orang lain menghadapi nasib malang seperti anak saya.

Sekiranya pihak UNISEL dapat memenuhi segala syarat-syarat dan keperluan yang disenaraikan oleh pihak MQA, saya amat yakin dan percaya pihak MQA dapat memberikan kelulusan secepat mungkin seperti IPTS-IPTS lain di Malaysia. Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.

Harapan saya semoga pelajar lain tidak menghadapi masalah sama seperti anak saya.

IBU SEDIH

Kemaman, Terengganu

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.