saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 22/07/2010

Perkasa cadang bubar UMNO dan Pas jika gagal berunding

22/07/2010 8:24pm

SHAH ALAM 22 Julai Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mencadangkan UMNO dan Pas dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti terus enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, bagaimanapun tindakan drastik itu hanya perlu diambil sekiranya kedua-dua parti tetap enggan berbuat demikian.

Buat permulaan, katanya, pertubuhan itu mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara UMNO dan Pas.

Beliau yang mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam, berkata, ia perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan.

"Salah satu langkah awal ialah pertemukan UMNO dan Pas secara rasmi tanpa syarat dan jika gagal jawatankuasa ini mungkin perlu membuat draf parti baru yang berteraskan UMNO dan Pas, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kepimpinan tertinggi Perkasa di sini hari ini. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.