saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/07/2010

Kapal pengerukan pertama Malaysia


GULZAR Mohamad Noor Mohamed (kanan) menunjukkan replika kapal Inai Selasih kepada Rosmah Mansor sewaktu Majlis Perasmian Pelan Induk Limbungan Selat Melaka Ship Building Corporation Sdn. Bhd. dan penamaan kapal Inai Ixora di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam. - utusan/ Mohd. shaharani


PELABUHAN KLANG 21 Julai - Industri perkapalan negara maju setapak lagi apabila sebuah syarikat tempatan berjaya membina sebuah kapal pengerukan (cutter suction dredger) pertama hasil kerjasama dua buah syarikat pembekal komponen dari Jerman dan Belanda.

Kapal yang diberi nama Inai Ixora itu dibina oleh Syarikat Inai Kiara Sdn. Bhd. (Inai Kiara) di Limbungan Selat Melaka Ship Building Corporation Sdn. Bhd., Pulau Indah di sini dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran tenaga tempatan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merasmikan kapal tersebut berkata, kerjasama pintar antara Inai Kiara dan dua syarikat Eropah itu berjaya membuka ruang dalam proses pemindahan teknologi pembinaan kapal pengerukan yang amat diperlukan negara.

Beliau berkata, ia sekali gus membantu meningkatkan kemahiran serta kepakaran tenaga anak tempatan selain menyumbang terhadap penjimatan pertukaran wang asing disebabkan pengurangan kebergantungan kepada pihak luar.

''Saya bangga melihat Inai Kiara sedang mempelbagaikan bidang perniagaannya iaitu daripada sebuah syarikat pengerukan dan penambakan, kini telah melibatkan diri dalam industri pembinaan kapal, khususnya kapal pengerukan.

''Selain daripada sebuah syarikat milik rakyat Malaysia sepenuhnya, Inai Kiara juga telah berjaya membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang tersebut.

''Penglibatan Inai Kiara dalam industri ini bukan sahaja membawa kepada peningkatan infrastruktur pelabuhan tetapi juga membantu kerja-kerja menaik taraf pelabuhan tempatan dan membantu proses pemulihan pantai," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan penamaan Inai Ixora dan pelan induk projek pembangunan Limbungan Selat Melaka Ship Building Corporation Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat, Inai Kiara di Pulau Indah di sini hari ini.

Inai Ixora merupakan kapal pengerukan berteknologi tinggi yang ideal bagi kerja-kerja penyelenggaraan pelabuhan, pemulihan pantai, muara sungai, tebatan banjir dan tebus guna tanah.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat; Pengerusi Eksekutif Inai Kiara, Datuk Gulzar Mohamad Noor Mohamed dan Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Noor.

Menurut Rosmah, segala usaha ke arah membangunkan industri pembinaan kapal di negara ini sememangnya amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara tetapi mampu memartabatkan industri perkapalan negara di mata dunia.

Mengikut sejarah kata beliau, Jepun berjaya membangunkan semula ekonominya selepas Perang Dunia Kedua dengan memberikan tumpuan pada industri pembinaan kapal sebagai salah satu strateginya.

''Jadi Malaysia kini boleh dianggap berada di landasan yang betul dengan penglibatan syarikat-syarikat tempatan dalam industri pembinaan kapal negara.

''Saya percaya penyertaan Inai Kiara dalam sektor pembinaan kapal mampu menyemarakkan lagi pertumbuhan industri perkapalan negara dan merupakan langkah proaktif kerana Malaysia sebelum ini tidak mempunyai keupayaan membina kapal pengerukan ini," ujar beliau.

Mengenai limbungan milik Limbungan Selat Melaka Ship Building Corporation Sdn. Bhd., Rosmah memberitahu, beliau berbangga kerana setelah siap sepenuhnya nanti ia bakal menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai kemahiran kepada kira-kira 10,000 orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.