saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/07/2010

Operasi pembersihan perkelahan Lubuk Yu bermula


PEGAWAI Jabatan Kesihatan Pahang yang berpakaian khas mengambil contoh tanah bagi tujuan pembersihan di kawasan rekreasi Lubuk Yu, Maran, semalam yang ditutup sementara berikutan enam kematian akibat jangkitan bakteria Leptospirosis (air kencing tikus) dan Melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah) selepas operasi menyelamat seorang mangsa lemas di situ bulan lalu. – BERNAMA


MARAN 22 Julai – Seramai 52 kakitangan dan pegawai daripada beberapa agensi kerajaan mula membersihkan kawasan perkelahan Lubuk Yu di sini hari ini bagi memastikannya bebas daripada wabak Melioidosis (kuman dari air dan tanah) dan Leptospirosis (air kencing tikus).

Operasi bermula pukul 10 pagi itu melibatkan Jabatan Kesihatan negeri, Pejabat Daerah Maran, Majlis Daerah Maran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Bekalan Air (JBA).

Semasa operasi itu, mereka yang lengkap memakai pakaian pelindung, topeng dan but secara bergilir-gilir memasuki pusat rekreasi tersebut bagi menjalankan kerja pembersihan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Rosnah Ismail berkata, petugas terlibat dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan empat tugasan utama dalam tempoh empat jam.

“Operasi pertama yang dijalankan adalah membasmi kuman disusuli dengan mengutip sampah dan mencuci kawasan sebelum kerja membasmi kuman dilakukan semula di lokasi itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan seramai enam penduduk yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Lubuk Yu maut akibat jangkitan Melioidosis dan Leptospirosis.

Tambah beliau, selepas operasi pembersihan ini, pihaknya akan memberi tempoh inkubasi sehingga Rabu depan bagi memastikan tiada kes baru dicatatkan sebelum kawasan berkenaan disahkan bebas daripada bakteria berbahaya itu.

Meskipun begitu, beliau berkata, Lubuk Yu masih lagi ditutup bagi membolehkan jawatankuasa kecil teknikal yang terdiri daripada wakil Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan mengenal pasti punca kejadian dan menilai tahap risiko kawasan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.