saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/07/2010

Lubuk Yu: 10 disahkan dijangkiti melioidosis dan leptospirosis

KUANTAN 23 Julai - Sebanyak 10 sampel darah daripada 19 orang yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa lemas di Lubuk Yu, Maran akhir Jun lalu dijangkiti melioidosis dan leptospirosis.

Kedua-dua penyakit tersebut masing-masing disebabkan bakteria air, tanah dan air kencing tikus.

Pada masa sama, Jabatan Kesihatan negeri yang mengesahkan hasil ujian terhadap sampel itu, turut mengesyaki 148 orang mengalami simptom jangkitan tersebut berbanding 83 orang diumumkan sebelum ini.

Ia berikutan terdapat mangsa terbabit yang berada di sekitar kawasan kejadian dan disyaki terkena jangkitan virus itu namun mereka hanya mengalami simptom tertentu seperti demam, batuk dan pening.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun memberitahu, keputusan ujian darah yang disahkan Jabatan Kesihatan negeri itu diterima semalam.

Menurutnya, enam mangsa disahkan dijangkiti melioidosis manakala empat lagi terkena kedua-dua bakteria tersebut dan sembilan yang lain bebas daripada jangkitan itu.

"Sampel darah diambil terhadap mangsa di hospital dan juga mereka yang telah meninggal dunia.

"Mangsa yang masih menerima rawatan ialah enam orang masing-masing tiga di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, dua di Hospital Jengka dan satu lagi di Hospital Selayang," katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Tanpa Beg Plastik peringkat negeri di pasar raya Tunas Manja Transit Point di sini hari ini.

Pada 10 Julai lalu, pusat perkelahan terkenal, Hutan Lipur Lubuk Yu diarahkan ditutup serta merta selepas enam maut manakala 83 orang pula dijangkiti leptospirosis.

Kesemua mereka yang dijangkiti bakteria melioidosis dan leptospirosis itu dipercayai terlibat dalam usaha menyelamat seorang pemuda yang lemas di lubuk berkenaan pada 26 hingga 30 Jun lalu.

Semalam, 52 kakitangan dan pegawai daripada beberapa agensi kerajaan mula membersihkan kawasan perkelahan itu bagi memastikannya bebas daripada kedua-dua virus tersebut.

Mengenai cadangan sama ada dikenakan bayaran kepada pengunjung di kawasan perkelahan tersebut, Khai Mun berkata, kawasan tersebut terletak di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan negeri.

Tambahnya, ia tertakluk kepada pengurusan jabatan itu bagi memastikan kawasan perkelahan sentiasa terjaga bukan sahaja di Lubuk Yu tetapi di kawasan perkelahan lain di negeri ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.