saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 24/07/2010

Cadangan bina LRT di Ipoh

IPOH 23 Julai - Penduduk bandar raya ini mungkin berpeluang menikmati perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) seperti yang terdapat di Kuala Lumpur menjelang 2020 sekiranya cadangan mengenainya yang dimasukkan dalam Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 menjadi kenyataan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, mengikut cadangan, perkhidmatan LRT itu bakal menghubungkan Meru Raya dan Menglembu dengan pusat bandar raya.

Katanya, Station 18 di Pengkalan, Simpang Pulai dan Tanjung Rambutan merupakan antara lokasi lain yang dicadangkan untuk diwujudkan stesen LRT.

''Draf berkenaan kini dipamerkan di lobi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak bermula hari ini hingga 22 Ogos dari pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari.

''Kami menggalakkan orang ramai untuk datang melihat dan memberikan maklum balas, cadangan atau bantahan mengenai Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 supaya ia memenuhi kehendak mereka apabila diluluskan oleh kerajaan kelak," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Seranta dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim di sini hari ini.

Draf tersebut disediakan sejak 2007 dengan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri masing-masing menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 juta dan RM212,000 bagi tujuan tersebut.

Mengulas lanjut, Hang Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah untuk menunjukkan draf tersebut kepada warga bandar raya ini.

''Orang ramai juga boleh melihat draf ini dengan mengakses laman web MBI di www.mbi.gov.my," tambah beliau.

Beliau berkata, selain mewujudkan perkhidmatan LRT, cadangan pembinaan sebuah pusat pelupusan sampah seluas 224 hektar di Papan, dekat sini turut terdapat dalam draf berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, warga kota boleh menghubungi Unit Perancangan Bandar MBI di talian 05-2083333 dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di talian 05-5225780.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.