saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 24/07/2010

Lagi warga Iran ditahan, rampas syabu RM1.5 juta

SHAH ALAM 23 Julai - Daripada menyorok dadah di dalam ketuhar gelombang mikro, periuk dan bingkai gambar sehinggalah menyerapkan cecair syabu di dalam pakaian, semuanya telah dilakukan para penyeludup.

Meskipun semuanya ditumpaskan pihak berkuasa negara ini, namun penyeludup tidak pernah jemu mencuba dengan taktik lain.

Terbaru cubaan menyeludup 6.1 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta di dalam pelapik kasut sukan, seluar dalam dan tepi bagasi berjaya dipatahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kejayaan itu diperoleh hasil penahanan lima warga Iran semasa pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin dan semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir, dalam tangkapan kelmarin, dua lelaki dari negara itu berusia 26 dan 27 tahun ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka menyorok dadah itu seberat 1.3 kg. di bawah pelapik kasut sukan yang dipakai mereka.

Tambah beliau, dalam tangkapan kedua semalam, salah seorang daripada tiga warga Iran yang ditahan didapati membawa syabu seberat 1.13 kg. yang disorok pada seluar dalam dipakainya.

"Lelaki berusia 22 tahun itu didapati menyorokkan dadah berkenaan pada bahagian bawah seluar dalam untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Dua lagi rakannya berusia 22 dan 26 tahun pula menyembunyikan dadah di bahagian tepi beg troli yang dibawa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Tambah Nordin, selain syabu, pihaknya turut menemui beberapa mata wang asing daripada kelima-lima yang ditahan dalam bentuk mata wang dolar Amerika (AS$) sebanyak AS$3,026 (RM9,728) dan riyal Iran IRR16,000 (RM5.469).

Katanya lagi, kesemua suspek ditahan reman sehingga 29 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selain mengenal pasti sama ada kesemua suspek yang ditahan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Nordin turut memaklumkan setakat Januari sehingga Jun tahun ini, pihaknya telah menahan 56 warga asing yang didapati menyeludup masuk dadah bernilai RM26.5 juta melalui pintu masuk udara negara ini melibatkan KLIA dan Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT), Sepang.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 46 warga Iran, empat warga India manakala warga Pakistan dan Singapura masing-masing, dua orang.

Selain itu, katanya, turut ditahan ialah seorang warga masing-masing daripada negara Filipina dan China.

"Kita dapati dadah jenis syabu antara yang paling tinggi cuba diseludup ke negara ini iaitu seberat 96.59 kg. manakala ketamin (18.75 kg.), kokain (tujuh kg.) dan heroin seberat enam kg.," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.