saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/07/2010

Maya selepas kembali solo


Sentiasa berfikiran positif dan tidak mahu mengimbas cerita kegagalan rumah tangganya.


AYA tidak mahu memberi sebarang komen tentang keruntuhan rumah tangga. Cukuplah dengan cerita yang sedia ada.

"Bagi saya, semua orang harus bekerja untuk hidup kerana kehidupan kita tidak selamanya senang. Saya berharap orang menghormati permintaan saya ini. Saya tahu ada orang yang senasib saya pernah ditimpa dugaan lebih berat berbanding apa yang saya alami sekarang ini," demikian pinta Maya Karin pada perbualan Khamis lalu.

Kata yang terpacul dari bibir anak kacukan Melayu-Jerman ini jelas menunjukkan dia tidak mahu mengulas kisah keruntuhan rumah tangga bersama bekas suaminya, Mohamed Ali Abdullah.

Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2004 ini mengangkat tangan, menyerah kalah dan mengunci mulut tatkala ditanya mengenai perceraiannya. Baginya, biarlah semua itu berlalu. Tiada ada yang perlu diungkit. Seboleh-bolehnya, Maya tidak mahu menyesakkan fikiran mengimbas perkara yang berlaku di luar kemampuannya.

Malah dia enggan memikirkan apa sahaja dugaan yang bakal berlaku pada hari-hari mendatang. Tidak kira sama ada berkaitan tempoh idah selama tiga bulan berakhir Oktober nanti atau dugaan kembali zaman solo yang perlu ditempuh sepanjang jangka masa itu.

Begitu juga dengan tempoh getir buat diri penyanyi Lagu Cinta yang sudah bergelar janda ini. Meski pun status itu umpama berita gembira buat sang jejaka yang selama ini mengidamkan wanita rupawan itu.

"Saya tidak mahu fikir apa-apa. Saya tidak mahu berfikir terlalu ke hadapan. Kalau boleh fikirkan hari ini sahaja. Bagaimanapun saya sedia menempuh hari-hari mendatang," tutur Maya minta dimengertikan.

Dalam perkembangan lain, Maya terkedu apabila ada pihak yang kurang berpuas hati dengan tindakannya merelakan perceraian pada 16 Julai lalu. Anak kelahiran Beyreuth, Jerman kemudian membalas lembut, "Tiada komen."

Dia sedar, semua cerita yang tersebar sejak awal tahun lalu tatkala Maya dan bekas suami dikatakan tinggal berasingan. Pelbagai andaian tersebar dan akhirnya, Maya bukan lagi bergelar isteri kepada guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa itu.

Bagaimanapun sifat terpuji yang ada pada pelakon Pisau Cukur ini adalah dia tidak sesekali bercerita kepada umum tentang punca perceraian. Dia juga bertindak memulangkan segala teka-teki punca perceraian yang dialami selama ini kepada masyarakat. Ini kerana mereka "lebih arif" daripadanya tentang apa yang berlaku.

Bukan lagi wajah eksklusif

Maya kini mengatur langkah memasuki episod baru dalam hidupnya. Tumpuannya kepada kerja-kerja seni yang menjadi dunianya hampir sedekad lalu. Apatah lagi selepas ditawarkan berlakon dua filem untuk tahun ini berbanding sekali untuk jangka masa setahun pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya sedang sibuk menjalani penggambaran filem Ombak Rindu yang diarahkan oleh Osman Ali di beberapa lokasi seperti di Langkawi, Cameron Highlands dan Thailand. Kali ini sangat berbeza dengan 13 filem saya sebelum ini.

"Memang berbeza dengan diri saya. Seorang gadis kampung bertudung dan memakai baju kurung dan terpaksa mengubah kehidupannya selepas diculik ke Kuala Lumpur," cerita ramah sambil berterima kasih dengan pelakon Ellie Suriati yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

Pada masa yang sama, Maya turut menerima tawaran berlakon telefilem arahan Erma Fatima yang sepatutnya bermula pada akhir bulan ini. Bagaimanapun, penggambaran tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Maya memberitahu, "Saya bukan lagi berwajah eksklusif yang hanya mahu muncul di layar perak sahaja. Gelaran itu sudah tidak lagi sesuai kerana saya sudah menerima tawaran untuk berlakon drama."

Bercerita tentang watak impian, Maya mengakui bahawa dia sudah lama teringin untuk membawakan watak aksi terutama bergaduh dalam filem. Walaupun ia satu yang sukar, namun, Maya berharap satu hari nanti dia dapat memegang watak berkenaan.

Mengenai rancangan masa depan, Maya yang sudah menceburi dunia pelaburan hartanah melibatkan premis perniagaan dan kediaman ini berharap agar dapat mengumpul lebih banyak aset untuk masa depan.

Maya juga bakal menghabiskan masa dengan pemuliharaan alam sekitar terutama melibatkan kempen anti beg plastik.

"Acara kemuncak diadakan secara besar-besaran melibatkan 10 sekolah di sekitar Lembang Klang berkumpul menyokong kempen kitar semula di Bukit Jali pada 31 Julai ini.

"Selain itu saya juga sibuk dengan tugas sebagai pengacara Nona di TV3 dan menerima undangan ceramah tentang alam sekitar," katanya yang penuh teruja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.