saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/07/2010

Penunjuk perasaan Turki protes pasukan bola tampar Israel

25/07/2010 2:41am

ANKARA, Turki 25 Julai - Berpuluh-puluh penunjuk perasaan bergelut dengan polis dekat gelanggang perlawanan bola tampar antara pasukan Israel dengan Serbia pada Kejohanan Liga Bola Tampar Wanita Eropah di sini.

Para penunjuk perasaan berarak dengan membawa poster Furkan Dogan, salah seorang antara sembilan aktivis pejuang pro-Palestin yang dibunuh ketika komando rejim zionis itu menyerang flotilla bantuan kemanusiaan bagi memecah sekatan ke atas Gaza pada 31 Mei lalu.

Setengah penunjuk perasaan turut bertindak mengibas bendera Palestin ke arah polis sebelum bermulanya perlawanan semalam.

Turki terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan ke atas pasukan Israel yang berada di Ankara untuk beraksi pada Kejohanan Liga Bola Tampar Wanita Eropah. Perlawanan itu ditutup kepada penonton.

Februari lalu, pasukan bola keranjang Israel telah dilontar botol dan terpaksa lari keluar daripada gelanggang untuk menyelamatkan diri. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.