saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/07/2010

Suami isteri rakyat Iran ditahan bersama RM40j minyak syabu

26/07/2010 7:21pm

KUALA LUMPUR 26 Julai Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan tertangkapnya sepasang suami isteri rakyat Iran dan merampas minyak syabu bernilai RM40 juta dalam serbuan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, dalam serbuan pada 22 dan 23 Julai itu, polis turut merampas bahan membuat syabu termasuk minyak syabu selain peralatan lain memproses dadah.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama berdekatan sebuah restoran segera di Jalan Prima Kepong, polis menahan seorang lelaki Iran berusia 39 tahun pada pukul 8.50 malam.

"Polis menerima satu laporan daripada seorang ejen hartanah yang curiga dengan bau dari dalam sebuah rumah sewa yang diuruskannya dan mengesyaki rumah townhouse itu dijadikan makmal bagi menyimpan bahan dan memproses dadah.

"Polis kemudiannya bekerjasama dengan ejen itu bagi mengatur pertemuan ejen itu dengan suspek sebelum menahan suspek berdekatan restoran berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Sabtu berkata, pada pukul 2.50 petang keesokan harinya, polis menahan isteri suspek itu, yang juga rakyat Iran berusia 34 tahun di rumah mewah milik mereka di Sunway SPK Damansara.

Beliau berkata berdasarkan rekod dalam pasport pasangan itu, kedua-dua mereka adalah peniaga dan telah menetap di negara ini selama empat tahun, tetapi hasil siasatan terhadap mereka, mendapati kedua-duanya berada di negara ini selama sepuluh tahun.

Pasangan Iran itu kini ditahan reman selama tujuh hari mulai 23 Julai bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.