saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 26/07/2010

Zambry ambil 101 anak angkat miskin

IPOH 25 Julai - Seramai 101 murid sekolah rendah dari keluarga miskin di negeri ini bertuah apabila diambil menjadi anak angkat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar).

Pengambilan tersebut dibuat menerusi Program Anak Angkat yang diperkenalkan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Orang Asli itu merupakan sebahagian daripada 2,000 anak angkat yang disasarkan menerusi program YBUDR tersebut dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Zambry berkata, ia adalah lanjutan daripada tindakan menyeluruh kerajaan negeri dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

''Selain pelbagai bantuan sedia ada, ini merupakan sebahagian usaha untuk memastikan anak-anak dari keluarga miskin berjaya.

''Dengan bantuan bulanan dan bimbingan berkesan serta pemimpin setempat mengambil maklum perkembangan mereka, ia dapat menyemarakkan usaha membasmi kemiskinan sekali gus melahirkan anak- anak yang berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran program tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi YBUDR, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR, Khairul Azwan Harun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.