saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 28/07/2010

Inah dan tawarruq

PADA minggu lepas, telah dibincangkan tentang Bai' Inah dan pandangan-pandangan ulama tentang keharusannya. Kontrak Bai' Inah yang agak kontroversi menyebabkan kebanyakan institusi perbankan Islam mula berpindah kepada kontrak alternatif yang dapat dipersetujui oleh para ulama tempatan dan antarabangsa.

Di sinilah titik tolak sebuah kontrak yang bernama tawarruq mula dikenali di Malaysia.

Walaupun tawarruq juga mempunyai tujuan yang sama dengan Bai' Inah, tetapi barang yang dijual dalam kontrak tawarruq tidak kembali kepada pemilik asal. Sebaliknya, ia akan berpindah kepada pihak ketiga.

Dari sudut bahasa, tawarruq berasal daripada perkataan al-wariq yang bermaksud wang perak, dirham atau logam. Ia dinamakan tawarruq disebabkan mereka yang terlibat dalam transaksi ini ingin memperolehi wang secara tunai, bukannya untuk memanfaatkan barangan yang dibeli.

Daripada satu sudut, ia dilihat sebagai sebuah instrumen yang menjadi medium mendapatkan wang tunai secara jual dan beli bukannya hutang.

Tawarruq adalah satu kontrak yang pernah dibincangkan oleh ulama silam khususnya mazhab Hanbali.

Tawarruq berlaku apabila seseorang membeli barang secara hutang dan menjualnya kepada pihak lain secara tunai.

Terdapat dua pandangan ulama tentang hukum tawarruq. Pertama, tawarruq adalah harus. Pandangan ini dikemukakan oleh Iyas bin Mu'awiyah serta salah satu riwayat dari Imam Ahmad.

Ia juga dikuatkan oleh Sheikh 'Abdurrahman bin Nashir As-Sa'dy dan Syaikh 'Abdul Aziz bin Baz sebagaimana dalam Taudhihul Ahkam (4/398), Syaikh Sholih Al-'Utsaimin dalam Asy-Syarh Al-Mumti' (8/232) dan Al-Mudayanah, Syaikh Sholih Al-Fauzan dalam Al-Farq Bainal Bai'i war Riba fii Asy-Syari'atul Islamiyah dan dalam Al-Muntaqo dan keputusan Majlis Majma' Al-Fiqh Al-Islamy sebagaimana dalam Taudhihul Ahkam (4/399-400).

Pandangan kedua adalah haram. Ini adalah riwayat kedua daripada Imam Ahmad dan pendapat Umar bin Abdul Aziz serta dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim dan fatwa Al-Lajnah Ad-Da'imah Saudi Arabia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.