saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/07/2010

4 militan Sikh bersembunyi di negara ini?

NEW DELHI 28 Julai - Polis Punjab mendakwa bahawa Khalistan Liberation Force (KLF), satu kumpulan puak pemisah Sikh yang kejam telah menubuhkan pangkalan di luar Kuala Lumpur dengan sekurang-kurangnya empat daripada anggota militannya masih bersembunyi di Malaysia.

Bukti penting itu muncul selepas polis di daerah Patiala di Punjab menangkap seorang yang disyaki militan, Pargat Singh berumur 22 tahun Isnin lepas di sebuah rumah tetamu yang dituduh dalam satu siri pengeboman di negeri itu awal tahun ini.

Dia disyaki meletakkan bom di luar sebuah loji pembotolan LPG di Nabha dan pangkalan tentera udara Halwara di Punjab.

Laporan perisikan mendedahkan dia lari ke Malaysia dan mendapatkan perlindungan dari seorang lagi anggota militan KLF, Harminder Singh yang sudah lama menetap di Seremban.

"Pargat tinggal di Seremban dengan Harminder Singh alias Dali selama setahun. Kami amat yakin bahawa KLF telah menubuhkan satu pangkalan di Malaysia kerana mereka pergi ke sana untuk mendapatkan sokongan.

"Pargat telah pergi ke Thailand melalui jalan raya dan kemudian terbang ke Pakistan bagi mendapatkan latihan senjata. Sudah tentu mereka menggunakan Malaysia bagi menjalankan aktiviti mereka," kata Penguasa Kanan Polis Patiala, Ranbir Singh Khatra ketika dihubungi Bernama.

Penangkapan Pargat bersama dengan penemuan 15 kilogram RDX dari seorang lagi militan Sikh, dari Khalistan Zindabad Force pada 23 Julai menyebabkan polis gelisah dan memaksa agensi perisikan mengesyaki bahawa pengganas Sikh yang berpangkalan di luar Punjab sedang bersiap sedia menimbulkan kekacauan di New Delhi sebelum Sukan Komanwel, Oktober ini. - Bernama

Satu makluman polis perisikan Punjab baru-baru ini mengesahkan kebimbangan mereka iaitu militan tertentu di seberang laut terdesak untuk mendorong empat pelampau Sikh ke India untuk menjalankan aktiviti jahat.

Pergerakan KLF dimulakan oleh pelampau Sikh yang melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas kerajaan India pada 1980an-1990an, menuntut negara Sikh yang berasingan yang akan disebut Khalistan.

Walaupun kumpulan itu dihancurkan oleh polis Punjab, saki baki anggota KLF kini beroperasi dari luar India dengan disokong oleh elemen luar bagi menimbulkan huru hara di bumi India.

"Kami mengesyaki bahawa sekurang-kurangnya empat lagi militan masih lagi bersembunyi di Malaysia. Kami akan mendapatkan bantuan kerajaan India, Interpol dan kedutaan bagi menangkap mereka," kata Khatra.

Semasa di puncak kekuasaannya, pergerakan pemisah yang ganas itu merampas pesawat Indian Airlines dari Srinagar-Delhi ke Lahore, Pakistan, dengan 255 penumpang pada 1984. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.