saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/07/2010

Mahu dikenali Ezad Lazim


EZAD berkolaborasi menerusi lagu Alasanmu dengan band Indonesia, My Name Is Keisha.


SELEPAS berdepan dengan perselisihan faham tiga tahun lalu antara Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 31, atau lebih dikenali sebagai Ezad dengan kumpulan Exist, kini penyanyi yang berasal dari Kedah itu mula berkeyakinan untuk memulakan langkah baru secara solo.

Perselisihan faham yang membawa kepada 'perceraiannya' dengan Exist, kumpulan yang mengangkat namanya selama 12 tahun di bidang nyanyian, akhirnya merungkai teka-teki bahawa penyanyi itu tidak lagi bersama mereka apabila memilih pelakon Joey sebagai pengganti Ezad selaku vokalis.

Dibuang atau dia yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri bukan lagi isu yang perlu diketengahkan.

Ini kerana bagi Ezad, hidupnya kini perlu diteruskan biarpun terpaksa memulakan semula langkah seninya dari bawah.

Untungnya bagi Ezad, bakat nyanyian dan kemampuan suaranya sudah sedia maklum oleh peminat.

Dia sudah tidak perlu menjual nama untuk dikenali kerana dia sudah sedia terkenal di kalangan peminatnya.

Tinggal lagi ialah bagaimana cara terbaik untuk dia mengatur dan merencanakan kerjaya nyanyiannya kini.

Bersama Nova Music, Ezad diketengahkan sebagai penyanyi solo.

Apa yang pasti, kini dia mempunyai beberapa single yang mampu mengangkat semula bakat seninya kepada khalayak iaitu Bertemu Cintaku, Lafazkanlah dan Selayaknya Kau Tahu.

Lagu Bertemu Cintaku yang dicipta oleh Ajai, belum pun sampai sebulan diputarkan di corong-corong radio telah pun mendapat perhatian dan permintaan di beberapa carta radio popular.

Bagi Ezad, ini petanda positif sirna baru buatnya di gelanggang seni.

Bergerak secara solo biarpun mengakui kekok namun, Ezad seboleh mungkin berharap agar perjalanan seninya selepas ini sentiasa berdepan langkah positif.

Tidak mahu lagi mengingati kisah-kisah silam yang memeritkan, Ezad kini mahu dirinya dikenali sebagai Ezad Lazim.

"Saya tahu, nama Ezad Exist itu sudah begitu sinonim dengan saya. Apa tidaknya, berbelas tahun saya bersama dengan Exist, tiba-tiba 'hilang' begitu sahaja mungkin mengambil masa sedikit untuk peminat membiasakan diri memanggil saya dengan nama Ezad Lazim.

"Dengan nama baru itu juga, saya kira banyak perkara yang perlu sayaa pelajari semula dari bawah.

"Apa yang telah berlaku juga banyak yang mematangkan saya dari segi sifat. Kalau dahulu saya mungkin tidak ambil kisah sangat tentang jadual kerja tetapi kini saya perlu ambil tahu setiap masa.

"Buat masa sekarang, saya akui memang belum ada lagi persembahan yang besar buat saya. Namun, daripada segi persembahan, saya akan janjikan yang terbaik untuk peminat selepas ini," kata Ezad.

Berbeza dengan Ezad yang dikenali dulu, peningkatan usia ke angka 31 tahun bukan lagi angka yang kecil buat Ezad.

Kini dia bertemu cinta dengan apa yang dicarinya lewat beberapa tahun kebelakangan ini.

"Ketika mula-mula 'berpisah' dengan Exist dulu memang saya rasa sangat murung. Malah, pernah terfikir untuk tidak menyanyi lagi.

"Pernah juga saya terfikir untuk memulakan perniagaan untuk mencari pendapatan yang lebih terjamin.

"Namun, peminat masih mahu saya meneruskan kerjaya nyanyian. Mungkin inilah 'cinta' yang saya cari selama ini dan mungkin inilah juga jalan terbaik untuk saya dalam kerjaya nyanyian.

"Sungguhpun, begitu niat untuk berniaga memang sentiasa ada dalam diri. Saya pun umur semakin meningkat bukan selamanya saya akan diterima dalam nyanyian. Saya juga dalam proses untuk berniaga tidak lama lagi cuma buat masa terdekat ini saya mahu fokus pada nyanyian dahulu," kata Ezad.

Duet dengan band Indonesia

Dalam perkembangan lain, kata Ezad, April lalu di ke seberang merakamkan single Alasanmu berduet sebuah band di sana iaitu My Name Is Keisha.

Biarpun Alasanmu sebelum ini dinyanyikan olehnya bersama Exist namun, dia telah pun mendapatkan persetujuan daripada pencipta lagu itu sendiri iaitu Rahim Othman.

"Single itu akan mula diperdengarkan kepada penonton secepat mungkin. Saya hanya bagi komitmen dalam nyanyian namun, segi susunan muzik memang ada perubahan sedikit.

"Merakamkan lagu itu di sana bukan bertujuan membelakangkan negara sendiri tetapi sekadar mencari peluang untuk kembangkan bakat di sana.

"Secara tidak langsung, saya berasa lebih yakin. Dapat berduet dengan band luar sedikit sebanyak terubat rindu menyanyi secara berkumpulan," kata Ezad sebelum mengakhiri perbualan.

Kepada peminat yang ingin mengikuti perkembangan serta mengetahui informasi terkini tentang Ezad, sila layari laman sosial Facebook Ezad Lazim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.