saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 31/07/2010

Feri karam 140 dipercayai maut

KINSHASA 30 Julai Sebuah feri karam di Republik Demokratik Congo menyebabkan sekurang-kurangnya 140 mati lemas selepas feri itu didakwa membawa terlalu ramai penumpang.

Feri itu dilaporkan karam pada Rabu lalu di Sungai Kasai, pecahan daripada Sungai Congo di wilayah Bandundu, barat negara ini, setelah melanggar beting pasir, kata pegawai, semalam.

Seorang pegawai tempatan di pejabat gabenor Bandundu berkata, sekurang-kurangnya 140 terbunuh, manakala Menteri Komunikasi, Lamber Mende berkata, seramai 80 orang maut, sementara 76 lagi selamat.

Menurutnya, terdapat 180 penumpang berdaftar berada di atas feri itu, dan beberapa orang lagi menaiki feri itu secara rahsia.

Satu lagi sumber tempatan berkata, hanya dua kanak-kanak terselamat dalam tragedi tersebut.

Feri itu membawa bilangan penumpang dan barangan yang tidak diketahui jumlahnya dari Mushie, kira-kira 30 kilometer dari Bandundu, bandar utama wilayah itu.

Kemalangan berlaku apabila ia terlanggar beting pasir di Mangutuka, pinggir Bandundu, kata Mendeke lagi.

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menstabilkan Congo (MONUSCO) dan Pasukan Palang Merah tidak mempunyai maklumat mengenai nahas itu. AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.