saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 31/07/2010

Dua terbunuh, Apache terhempas dalam latihan

31/07/2010 3:15am

ATHENS 31 Julai - Dua juruterbang tentera Greece terbunuh apabila helikopter penyerang Apache terhempas dalam latihan penerbangan hari ini, kata Menteri Pertahanan Greece sambil secara rasmi mengisytiharkan tempoh berkabung bagi angkatan bersenjata.

Menterinya, Evangelos Venizelos berkata, nahas yang meragut nyawa dua juruterbang tentera udara terpilih itu sangat tragis dan berjanji siasatan terperinci akan dijalankan secepat mungkin bagi mengesan punca kemalangan itu berlaku.

“Seluruh pasukan bersenjata Greece akan bergabung selama tiga hari berikutan nahas tragis ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Helikopter penyerang Apache itu terhempas sebaik berlepas di lapangan terbang tentera Megara, kira-kira 60 kilometer ke barat Athens sebelum pukul 9 pagi GMT (5 petang waktu Malaysia).

Laporan awal menunjukkan juruterbang, kedua-duanya lelaki, berusaha melakukan pendaratan cemas tetapi saksi-saksi berkata helikopter dilihat jatuh terjunam ke bumi sebelum terbakar. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.