saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 31/07/2010

Gempa berukuran 5.7 sekala Ricther gegar Baygh

31/07/2010 3:15am

TEHRAN 31 Julai - Gempa bumi berukuran 5.7 pada sekala Ricther yang meletus di timur laut Iran malam tadi telah mencederakan sekurang-kurangnya 30 orang dan merosakkan beberapa buah kampung serta menyebabkan komunikasi terganggu, kata berita tempatan yang memetik laporan para pegawai.

Gempa yang meletus pada pukul 6.21 petang waktu tempatan (9.31 malam waktu Malaysia) itu telah menggegarkan sekitar bandar Baygh dan Torbat-Heydarieh, kata ketua perkhidmatan kecemasan wilayah Khorasan Razavi kepada agensi berita ISNA.

“Kerosakan dan kecederaan telah dilaporkan,” kata Javad Erganian sambil menambah letusan itu telah menyebabkan talian komunikasi terputus.

Menurut pegawai wilayah Mojtaba Sadeghian, sekurang-kurangnya 30 orang cedera, lapor agensi berita negeri IRNA.

Laporan itu berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan sedang dilakukan dengan kebanyakan mereka yang cedera di rawat tanpa di masukan ke hospital.

Pegawai wilayah Bahram Soltani seperti yang dipetik oleh ISNA berkata, beberapa buah perkampungan mengalami kerosakan antara 50 hingga 100 peratus. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.