saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/08/2010

Dihumban dalam perigi


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat ahli Majlis Perbandaran Manjung, Lim Ting Peng yang ditemui mati setelah dihumban dalam perigi yang terletak berdekatan ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Kruing, Beruas, Perak, semalam.


IPOH 31 Julai – Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang juga Ketua MCA cawangan Changkat Keruing, Lim Ting Peng, 49, ditemui mati dibunuh dalam perigi di ladang ternakan ayam miliknya di Kampung Baru Changkat Keruing, Manjung hari ini.

Mayat mangsa ditemui anak lelakinya, Tommy Lim, 18, yang turut serta dalam operasi mencari bapanya yang hilang sejak malam tadi.

Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai ahli MPM tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarganya bertindak membuat laporan polis semalam.

Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, ahli keluarganya mencari mangsa sehinggalah mayatnya ditemui dalam perigi sedalam 5 meter di ladang ternakan ayam itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 8 pagi.

“Polis yang dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut kemudian bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, terdapat kesan-kesan darah pada pondok berhampiran perigi di dalam kawasan ladang ternakan ayam tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd. Jamil, sebuah kenderaan pacuan empat roda milik mangsa dan dua pekerja warga Myanmar yang ditugaskan menjaga ladang ternakan ayam itu sehingga kini gagal dikesan.

Sementara itu, isteri mangsa, Ling Mooi Kooi, 48, berkata, suaminya keluar rumah kira-kira pukul 5 petang semalam untuk bertemu dua pekerjanya yang mahu meminjam duit daripadanya.

“Salah seorang pekerja telah telefon suami saya ajak keluar sebab beritahu hendak pinjam duit sebanyak RM1,000,” katanya.

Setelah pukul 10 malam, katanya, Ting Peng tidak pulang-pulang menyebabkan dia cuba menghubungi suaminya menerusi telefon bimbit namun tidak berjawab.

Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, dia mengajak anak lelakinya, Tommy ke ladang ternakan bersama penduduk sebelum menemui mayat suaminya dalam sebuah perigi di situ.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.