saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 01/08/2010

Tengku Abdullah, Annuar menang


BARISAN kepimpinan baru FAM (dari kiri) Abdullah Hishan Mohd. Hashim, Subahan Kamal, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Annuar Musa, Hamidin Mohd. Amin dan Afandi Hamzah selepas pemilihan Kongres Tahunan FAM ke-47 di Shah Alam, semalam. Sementara itu, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan Presiden FAM selepas menang tanpa bertanding.


SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima dua timbalan presiden baru bagi penggal 2010-2014 apabila Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa menang pada pemilihan ahli jawatankuasa Kongres FAM tahunan ke-47, semalam.

Seperti diramal, Tengku Abdullah meraih undi tertinggi dengan 29 undi daripada 38 perwakilan sementara Annuar mendapat 23 undi.

Mereka berdua menewaskan pesaing terdekat, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad yang mendapat 17 undi serta penyandang jawatan, Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad dan bekas Naib Presiden, Datuk Che Mat Jusoh.

Tengku Mahkota Pahang itu pernah memegang jawatan Timbalan pada tahun 1992, namun melepaskannya pada Mac tahun berikutnya.

Namun, beliau memegang jawatan itu semula pada Februari 1994 sebelum melepaskannya pada Julai 2007.

Seorang lagi bekas Timbalan Presiden, Khairy Jamaludin tidak mempertahankan jawatannya.

Bagi perebutan jawatan Naib Presiden, penolong pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Subahan Kamal mencuri perhatian ramai pihak apabila mengungguli tempat pertama dalam senarai calon selepas mengumpul 28 undi meninggalkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Hamidin Mohd.Amin satu undi di belakang.

Datuk Afandi Hamzah berjaya mempertahankan jawatannya diikuti seorang calon underdog dari Perak, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim yang memungut 19 undi.

Lapan Ahli Jawatankuasa Eksekutif terdiri Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Astaman Abdul Aziz, Mejar Rani Abdul Rahim, S.Sivasundram, Datuk Hamdan Mohamad Khalib, Rosmadi Ismail, Datuk Osman Salleh dan Datuk Jeffery Low Han Chau.

Sultan Ahmad Shah berjaya mempertahankan jawatan selaku Presiden FAM yang disandangnya sejak tahun 1984 selepas menang tanpa bertanding.

Tiga puluh lapan perwakilan yang mengundi terdiri daripada 19 ahli gabungan FAM, termasuk dua wakil dari setiap ahli gabungan baru, Persatuan Bola Sepak Melayu, Persatuan Bola Sepak Cina dan Persatuan Bola Sepak India.

Majlis kongres itu dipengerusikan oleh Setiausaha FAM, Datuk Azzudin Ahmad di salah sebuah hotel di Glenmarie.

Dalam pemilihan semalam, majlis pengundian bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif terpaksa diadakan kali kedua bagi menentukan pemenang terakhir di antara Jeffrey Low dan Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman selepas kedua-duanya terikat dengan 22 undian.

Namun, nasib menyebelahi Jeffrey yang juga merupakan wakil dari Persatuan Bola Sepak Kedah apabila menang 20 undian mengatasi Abdul Aziz.

Majlis kongres itu dipengerusikan oleh Setiausaha FAM, Datuk Azzudin Ahmad di salah sebuah hotel di Glenmarie.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.