saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/08/2010

Pelantikan presiden dan kepimpinan baru MAYC tidak sah - Haryati Hamzah

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Masalah kepimpinan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) semakin meruncing apabila pemilihan sebulat suara kepimpinan barunya melalui mesyuarat agung tahunan (AGM) semalam tidak diiktiraf oleh beberapa pihak dalam persatuan tersebut.

Selain dianggap tidak sah oleh barisan kepimpinan sedia ada, AGM semalam yang menyaksikan Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi, 36, dipilih menerajui persatuan itu turut dipertikaikan oleh jawatankuasa MAYC di beberapa negeri termasuk Pahang dan Melaka.

Penolong Setiausaha Agung MAYC, Haryati Hamzah berkata, ini kerana AGM MAYC bagi tempoh 2010/2012 yang dijalankan kumpulan tersebut dihadiri oleh perwakilan yang diragui.

Katanya, merujuk surat yang dikeluarkan Pejabat Pendaftar Belia (ROY) kepada MAYC, setiap AGM yang diadakan perlu dikendalikan jawatankuasa MAYC yang lama dan bukannya seperti yang berlaku semalam.

"Bagaimana boleh ada pelantikan baru sedangkan Presiden MAYC yang sah, Tan Sri Syed Hamid Albar tiada dalam AGM tersebut.

"Perwakilan dari setiap negeri yang hadir juga diragui kerana terdapat ketua cawangan yang melaporkan ketidakhadiran mereka tetapi dalam AGM tersebut ada wakilnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu pelantikan kepimpinan baru MAYC dalam mesyuarat agung tahunannya yang disiarkan beberapa akhbar tempatan hari ini.

Persatuan itu dianggotai 311 kelab gabungan yang dipimpin oleh Syed Hamid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, sejak 1999 selepas mengambil alih daripada Tan Sri Sanusi Junid yang menerajuinya selama 28 tahun.

Menurut Haryati, keraguan juga timbul apabila mesyuarat itu diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bukannya di tempat rasmi MAYC iaitu di Wisma Belia.

Selain itu, katanya, jawatankuasa MAYC yang lama akan mengadakan satu mesyuarat bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan yang sah bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku dalam persatuan.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara yang mendakwa sebagai Setiausaha Agung MAYC yang baru dipilih dalam AGM itu berkata, semua jawatan yang dilantik dalam mesyuarat semalam sah kerana mereka tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan ROY.

"Mesyuarat tersebut mematuhi kehendak Fasal 15 Perlembagaan dan undang-undang tubuh MAYC serta Seksyen 2 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 agar kepimpinan belia diterajui oleh pemimpin yang berumur tidak melebihi 40 tahun.

"Jawatankuasa MAYC Kebangsaan sesi 2010/2012 telah dipilih oleh para perwakilan berdasarkan pencalonan daripada MAYC negeri," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat semalam itu juga bertujuan untuk memastikan MAYC tidak dibubarkan selepas lima tahun gagal untuk mengadakan AGM dan mengalami krisis dalaman yang membabitkan masalah kepimpinan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.