saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/08/2010

Perbadanan Pembangunan Kampung Baru KL beroperasi 2011

02/08/2010 2:22pm

MELAKA 2 Ogos Perbadanan Pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai perancang dan pengawal selia pembangunan Kampung Baru dijangka beroperasi tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, rang undang-undang penubuhan perbadanan itu dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

"Perbadanan Pembangunan Pembangunan Kampung Baru ini bukan merupakan satu bisnes entiti tetapi akan berfungsi sebagai pengawalseliaan pembangunan untuk memajukan harta di kampung itu, katanya kepada pemberita pada Lab Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru, di sini malam tadi.

Majlis perbincangan selama empat hari tersebut dihadiri kira-kira 50 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru Kuala Lumpur serta badan bukan kerajaan Melayu dan pemaju.

Ia bertujuan bagi merangka draf undang-undang perbadanan tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penggubalan.

Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang meliputi tujuh buah kampung adalah seluas 90.2 hektar dan berusia 110 tahun. Ia kini mempunyai 35,000 penduduk. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.