saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 02/08/2010

BISIK-BISIK

MULAI semalam, Malaysia memasuki Bulan Kemerdekaan ke-53 yang bertemakan '1Malaysia Menjana Transformasi'. Sempena sambutan itu, Kempen Kibar Jalur Gemilang dilancarkan di Kangar, Perlis malam tadi. Kempen ini akan berlangsung sehingga sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2010.

Maka dari Perlis hingga ke Sabah, bermulalah pengibaran Jalur Gemilang dengan pelbagai cara oleh rakyat Malaysia bagi menunjukkan semangat cintakan negara.

Awang berharap, kibaran Jalur Gemilang lebih meriah pada tahun ini. Rakyat Malaysia sama ada di kampung, taman perumahan, pemilik gedung perniagaan, pejabat kerajaan dan swasta perlu sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan ini. Terpulanglah kepada kreativiti masing-masing bagaimana mahu mengibarkan bendera kebanggaan negara itu. Apa yang penting ikhlaskan diri mengibarkan Jalur Gemilang.

Janganlah pula ada di kalangan kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat serta menanti Jalur Gemilang percuma daripada pihak-pihak tertentu. Berapalah sangat harga bendera (Jalur Gemilang) berbanding keghairahan menukar langsir baru yang lebih mahal menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Maka diharapkan juga, sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan pada tahun ini tidak ditenggelamkan dengan suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Awang - Beli bendera baru

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.