saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/08/2010

Newsweek dijual kepada jutawan California

WASHINGTON 3 Ogos - The Washington Post Co. semalam menyatakan persetujuan untuk menjual majalah Newsweek yang mengalami kerugian kepada jutawan California, Sidney Harman yang mengeluarkan sistem audio premium Harman Kardon.

Ketua Eksekutifnya, Donald Graham berkata, dalam pencarian pembeli Newsweek, pihaknya mahu seseorang yang sangat memahami kepentingan kewartawanan berkualiti dan ciri-ciri itu ada pada Harman.

Harman menyatakan tekad untuk mengekalkan sebahagian besar daripada 325 orang kakitangan Newsweek, walaupun bilangan itu tidak disertai pengarangnya, Jon Meacham yang dilaporkan akan meletak jawatan.

"Newsweek merupakan harta negara. Saya berasa sangat bangga untuk mewarisinya dari The Washington Post Company dan keluarga Graham selain tidak sabar untuk menghadapi cabaran kewartawanan, perniagaan dan teknologi yang besar," ujarnya lagi.

Dia yang pernah berkhidmat sebagai timbalan setiausaha perdagangan, menjana keuntungan melalui Harman International Industries yang membekalkan audio kualiti tinggi dan beberapa produk lain.

Newsweek yang bersaing sengit dengan majalah Time, kerugian AS$28 juta (RM88.6 juta) tahun lalu dan perolehan iklan jatuh sebanyak 37 peratus. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.