saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 04/08/2010

Garis panduan masih relevan

AKTA Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diperkenalkan bagi mengawal pengeluaran lesen mesin cetak serta permit penerbitan untuk pelbagai media cetak termasuklah akhbar parti politik dan akhbar harian.

Akta ini mempunyai beberapa garis panduan bertujuan mengawal segala kandungan penerbitan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, mengelirukan masyarakat melalui kenyataan yang tidak benar, memudaratkan keselamatan negara dan menggugat keharmonian negara dengan menyentuh isu perkauman.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Abdul Samad ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya kelmarin berkata, KDN bertanggungjawab memastikan media cetak tidak mengandungi sebarang unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, mengancam keselamatan negara dan menggugat kesejahteraan rakyat.

''Semua pihak tidak kira penerbitan parti politik mahupun akhbar harian perlu memastikan kandungan yang disiarkan mematuhi peruntukan serta garis panduan yang ditetapkan. Tidak ada sesiapa akan terlepas jika melakukan kesalahan. Akta ini mengawal pemilik mesin cetak supaya lebih bertanggungjawab.

''Garis panduan yang sering dilanggar oleh syarikat penerbitan ialah tidak menghantar lapan naskhah ke KDN setiap keluaran, tidak memaparkan nama dan alamat penerbit serta pencetak, menggunakan nombor permit yang tamat tempoh dan tidak mencetak nombor permit yang sah pada muka hadapan penerbitan," jelasnya.

Mengulas mengenai tanggapan pihak tertentu bahawa akta dan garis panduan yang digunapakai oleh KDN dalam mengawal penerbitan tidak lagi relevan, Zaitun menjelaskan, setiap permit dan lesen yang dikeluarkan perlulah ada garis panduannya.

''Sebagai contoh, apabila kita benarkan anak kita keluar rumah pun, ia perlu bersyarat seperti pulang sebelum pukul 10 malam dan sebagainya. Begitu juga dengan lesen dan permit yang dikeluarkan mesti ada syarat dan garis panduan. Sejumlah 98 penerbitan dikesan menyalahi garis panduan dan tindakan berupa nasihat, surat peringatan dan teguran sudah dikeluarkan kepada pihak berkenaan.

''Berbanding penerbitan parti politik, akhbar harian lebih banyak menerima teguran daripada KDN.

Antara perkara yang menyebabkan akhbar harian ditegur ialah kedudukan iklan arak dalam akhbar bukan berbahasa Malaysia, penyiaran iklan yang menyalahi undang-undang seperti iklan judi dan iklan mencari teman yang mempunyai unsur seks," katanya.

Zaitun turut menafikan dakwaan bahawa KDN mengamalkan dasar berat sebelah dalam mengambil tindakan ke atas penerbitan yang melanggar garis panduan kerana sebarang tindakan adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang.

''Kontroversi timbul baru-baru ini kerana terdapat penerbitan yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan KDN. Ini disebabkan kurangnya kesedaran tentang kewujudan garis panduan ini.

''Salah satu sebab penerbitan parti Pas, Harakah dipanggil untuk memberikan penjelasan ialah tidak mengawal penjualannya kepada ahli-ahli sahaja seperti yang tertulis pada muka depan akhbarnya," jelasnya sambil menambah pihak KDN berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pengurusan Harakah berhubung penjualannya dan beberapa isu lain.

Tambah beliau, penerbitan politik bertujuan melaporkan kegiatan parti berkenaan untuk dijual kepada ahli-ahli parti sahaja. Bagaimanapun, parti berkenaan tidak boleh menghalang pihak lain daripada membeli akhbar penerbitan mereka.

Dari semasa ke semasa, jelas Zaitun, KDN mengadakan program seperti dialog, taklimat dan ceramah bagi mengatasi masalah kurang kesedaran mengenai garis panduan tersebut di kalangan pemegang lesen cetak.

''Secara umum, sebahagian besar daripada penerbit cuba sedaya-upaya mematuhi garis panduan KDN. Tidak dinafikan terdapat penerbitan dilihat begitu sering melanggar garis panduan, namun tidak eloklah jika saya dedahkan nama penerbitan berkenaan.

''Tindakan yang dikenakan adalah secara berperingkat iaitu membuat panggilan kepada syarikat penerbitan berkenaan, menegur, memberikan peringatan, amaran dan akhir sekali surat tunjuk sebab," katanya.

Mengulas mengenai pemantauan yang dilakukan oleh KDN, jelas Zaitun, pada setiap hari bekerja, pihak KDN akan mengambil akhbar tempatan dalam semua bahasa seawal pukul 5 pagi.

''Pada pukul 8 pagi setiap hari, satu mesyuarat diadakan di Putrajaya untuk mengkaji kandungan akhbar yang diambil. Terdapat lebih 400 pegawai dan kakitangan unit pemantauan ini di seluruh negara.

''Berita berkaitan kementerian tertentu akan dihantar kepada setiap kementerian yang terlibat.

Berita di televisyen dan radio akan turut dipantau dan laporan bertulis akan dihantar ke rumah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 10 malam setiap hari," katanya.

Tambah Zaitun, berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain, Malaysia mengamalkan liberalisasi dan kebebasan bersuara.

''Undang-undang yang kita ada tidak mencengkam, mengekang mahupun mengawal penerbitan dengan ketat.

"Tetapi kita tidak bolehlah membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah.

''Sehingga April 2010, KDN mengeluarkan sejumlah 76 permit penerbitan akhbar harian umum, 13 surat berita parti-parti politik dan membenarkan 2.2 juta tajuk penerbitan. Ini merupakan satu angka yang tinggi," katanya.

Tambah Zaitun, pendirian kerajaan adalah wartawan mahupun pengamal media bebas menulis dan melaporkan berita tetapi perlulah bersikap tanggungjawab, beretika dan objektif.

''Sebarang penerbitan tidak seharusnya membelakangkan kepentingan masyarakat dan rakyat. Justeru garis panduan adalah perlu dan masih relevan supaya tidak ada pihak yang melampaui batas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.