saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 05/08/2010

Perkhidmatan Blackberry di Arab Saudi digantung Jumaat ini

RIYADH 4 Ogos - Pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi mengarahkan perkhidmatan BlackBerry digantung mulai Jumaat ini kerana pengeluar peranti tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) dalam kenyataannya semalam berkata, penyediaan perkhidmatan BlackBerry buat masa ini tidak memenuhi kriteria kawal selia dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu.

Menurut kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi SPA itu, CITC sudah mengarahkan ketiga-tiga penyedia perkhidmatan di Saudi supaya menggantung perkhidmatan BlackBerry mulai Jumaat ini selepas memberi tempoh kepada mereka untuk menggesa pengeluar alat tersebut, Research In Motion (RIM) supaya 'memenuhi tuntutan pengawal selia'.

CITC berkata, pihaknya telah memberi amaran kepada syarikat-syarikat tersebut lebih setahun yang lalu mengenai keperluan untuk menangani isu yang dibangkitkan.

Perkhidmatan Blackberry akan diharamkan sehingga tuntutan dipenuhi, menurut CITC tanpa menghuraikan syarat-syarat yang dikenakannya.

Pengumuman itu mengesahkan laporan awal bahawa Arab Saudi akan mengikut jejak langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menggantung perkhidmatan komunikasi BlackBerry yang buat masa ini tidak dapat dipantau oleh agensi keselamatan negara.

UAE pada Ahad lalu mengumumkan, pihaknya akan menggantung perkhidmatan utama BlackBerry iaitu pengiriman mesej, e-mel dan pelayaran Internet mulai 11 Oktober ini disebabkan isu keselamatan sehinggalah perkhidmatan tersebut mematuhi peraturan negara itu.

Kedua-dua negara menapis Internet dan menyekat laman web yang memaparkan kelucahan dan pornografi serta laman web berunsur politik.

Blackberry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, negara yang mahu menjadi sebuah hab perniagaan utama terutamanya di emiriah Dubai.

Ketegangan semakin meningkat antara RIM dengan negara-negara yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat akses kepada data-data yang disimpan dalam bentuk kod dalam Blackberry. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.