saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 06/08/2010

Golongan miskin terima RM1.4j


Subahan Kamal menyerahkan bantuan wang tunai kepada golongan kurang berkemampuan pada majlis di Kampung Selayang Indah, Selayang, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN


SELAYANG 5 Ogos - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan tunai kira-kira RM1.4 juta setiap bulan kepada golongan memerlukan di Selangor.

Daripada jumlah itu, RM300,000 disalurkan setiap bulan kepada golongan miskin di seluruh Selayang dan daerah Gombak berjumlah 1,500 orang yang telah dikenal pasti setakat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, jumlah itu sudah pasti meningkat setiap bulan berikutan usaha berterusan pihaknya mencari lebih ramai orang miskin.

Menurutnya, pertambahan itu dapat dilihat apabila pada tahun lalu, 1,200 orang merupakan penerima bantuan tetapi telah meningkat sebanyak 300 orang lagi setakat Julai tahun ini.

"Kalau dulu rakyat datang berjumpa pemimpin untuk mendapatkan bantuan tetapi kini kami yang turun padang mencari mereka.

"Mungkin pemimpin BN (Barisan Nasional) yang dahulu melakukan kesilapan, mereka menunggu rakyat datang berjumpa mereka. Ini konsep yang salah.

"Tetapi kini tidak lagi, pemimpin-pemimpin BN sekarang adalah golongan muda dan mereka komited dengan kerja mereka sebagai wakil rakyat," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan JKM kepada golongan miskin dalam satu majlis di Pejabat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Selayang Indah di sini hari ini.

Kira-kira 80 orang penerima hadir pada majlis itu, manakala bakinya akan menerima bantuan yang akan dihantar ke rumah mereka, kata Subahan.

Setiap penerima mendapat bantuan antara RM200 hingga RM300 setiap bulan, yang disampaikan setiap tiga bulan sekali.

Katanya lagi, pihaknya juga akan membantu pesakit daripada golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan Tabung Pesakit Kronik Kementerian Kesihatan.

Katanya lagi, pihaknya juga akan melawat golongan miskin dari rumah ke rumah sepanjang bulan puasa nanti untuk menghulurkan bantuan berupa keperluan dapur dan sebagainya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.