saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 06/08/2010

Penduduk Lata Bayu bimbang


Kawasan perkelahan Lata Bayu di Baling, Kedah yang ditutup ekoran kes kencing tikus selepas mengorbankan seorang mangsa, semalam.


BALING 5 Ogos - Lebih 2,000 penduduk di enam kampung sekitar kawasan perkelahan Lata Bayu, dekat sini bimbang kemungkinan terdedah dengan penyakit kencing tikus atau leptospirosis yang dikesan berpunca dari situ baru-baru ini.

Menurut mereka, hampir kesemua rumah di enam kampung berkenaan mendapat bekalan air dari lokasi berdekatan kawasan perkelahan Lata Bayu.

Antaranya Kampung Asam Jawa, Kampung Corok Golok, Kampung Banggol, Kampung Pajak, Kampung Bukit Hitam dan Kampung Padang.

Seorang penduduk, Mat Isa Abas, 59, memberitahu, kebanyakan penduduk di situ menggunakan bekalan air yang disalurkan melalui paip khas dari puncak Bukit Tok Bidan yang berada dalam kawasan perkelahan Lata Bayu.

Menurutnya, ia diusahakan secara gotong-royong oleh penduduk sejak lebih 20 tahun lalu.

"Selepas mendapat tahu berita yang mengatakan ada orang mati kena kencing tikus di sini, para penduduk sangat bimbang. Kita khuatir kuman itu turut berada dalam air yang digunakan penduduk memandangkan ia diambil dari kawasan dekat tempat perkelahan.

"Kami juga bimbang kerana tidak dimaklumkan statusnya sama ada selamat atau tidak oleh Jabatan Kesihatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan tiga kawasan perkelahan popular di negeri ini diarah tutup sementara kerana disyaki dicemari kuman patogenik Leptospira yang menjadi punca penyakit leptospirosis atau kencing tikus yang meragut nyawa seorang mangsa baru-baru ini.

Kawasan terlibat, Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.

Menurut Mat Isa, para penduduk juga tidak pernah diterangkan mengenai simptom dan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak tersebut merebak.

Mohd. Zaki Said, 29, yang merupakan peniaga di tempat perkelahan Lata Bayu berkata, dia tidak pasti bagaimana penyakit tersebut berlaku kerana belum pernah mendengar mengenainya.

"Apa yang saya tahu, ia berbahaya kerana sudah ada orang mati. Kini kami berada dalam keadaan takut kerana mungkin akan jadi mangsa seterusnya," katanya.

Bagi, Zainul Dahli, 51, dari Kampung Asam Jawa pula berkata, para penduduk kini resah kerana berasa was-was untuk menggunakan air dari kawasan ini.

"Kami bimbang kerana kebanyakan penduduk menggunakan air dari situ kerana tiada pilihan melainkan air telaga," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat turun padang memberi penjelasan dan mengambil tindakan lanjut mengatasi masalah itu.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati pusat perkelahan itu kini lengang selepas ditutup sejak dua hari lalu.

Beberapa kakitangan Majlis Daerah Baling (MDB) juga dilihat meletakkan tanda amaran melarang orang ramai memasuki kawasan itu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Marzukhi Mat Isa ketika ditemui menasihatkan para penduduk di sekitar Lata Bayu supaya mengambil langkah memasak air yang diperoleh dari kawasan itu sebelum menggunakannya.

"Tindakan berkenaan untuk memastikan kuman atau bakteria dalam air dapat dibunuh," jelasnya.

Pihaknya juga akan menambah klorin ke dalam bekalan air di lokasi tersebut untuk tujuan pembasmian kuman.

"Orang ramai masih boleh gunakan air di situ dengan syarat masak terlebih dahulu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.