saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/08/2010

Nabil jalani ujian kecergasan dengan Lotus Racing

06/08/2010 7:51pm

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Bakat pelapis Formula Satu (F1), Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri akan menjalani ujian kecergasan dari semua aspek bagi pasukan F1 negara, Lotus Racing, di United Kingdom, awal bulan depan.

Peneraju pasukan Datuk Seri Tony Fernandes berkata, Nabil, 16, sebagai pelumba pelapis pasukan itu selepas Fairuz Fauzy, akan diberi pendedahan dan pengalaman bekerja di tahap tertinggi sukan permotoran global.

Nabil kini menduduki tempat kelima dalam Kejohanan Formula BMW Pasifik 2010.

"Ini akan memberi pasukan peluang untuk mempertengahkan seorang pelumba yang berbakat dalam usia muda dalam selok-belok sukan permotoran, jauh daripada perhatian perlumbaan Grand Prix hujung minggu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nabil akan memandu bagi pasukan Lotus Racing sebagai sebahagian daripada penajaan dalam Program Pembangunan Pemandu ASEAN AirAsia.

"Program itu dbentuk bagi mempercepatkan pertumbuhan sukan permotoran di rantau Asia Tenggara dengan menyediakan platform untuk golongan remaja merealisasi impian menjadi pelumba profesional, kata Fernandes.

Sementara itu Nabil berkata, beliau bangga dan teruja mendapat peluang memandu kereta Lotus Racing pada sesi ujian kecergasan sebagai pelumba. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.