saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 08/08/2010

Hidangan istimewa tengah rimba


LOPES UBI KAYU.


BAGI penghuni Kuala Lumpur, lari seketika dari hiruk-pikuk metropolitan pada hujung minggu merupakan suatu acara yang dinanti-nanti.

Apatah lagi andai berpeluang menghirup udara segar sambil menikmati suasana rimba menghijau terpelihara. Hilang segala penat lelah berkerja.

Menjanjikan atmosfera berbeza, Riverstone Eco Resort yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua (laluan ke Ulu Yam) memberi anda peluang merasai pengalaman sebegitu.

Selain menyediakan chalet penginapan yang dikelilingi dusun buah-buahan, anak sungai dan hutan rimba, sebuah restoran berkonsepkan makanan kampung antara taruhan yang terdapat di situ.

Pelbagai hidangan lazat air tangan pemiliknya, Hamidah Asararuddin pasti membuatkan perjalanan merempuh laluan berliku dan berbukit-bukau anda berbaloi.

Walaupun berada di tengah rimba, sebenarnya perjalanan ke situ tidak terlalu jauh. Selepas memasuki laluan utama ke Ulu Yam, perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit merentasi kawasan hutan dan Empangan Batu.

Menjelang Ramadan yang akan datang tidak lama lagi, Hamidah menyediakan bufet istimewa dengan harga berpatutan berkonsep 90 peratus hidangan Jawa.

Antara hidangan menarik adalah ikan patin masak tempoyak, ikan keli masak cekur, sambal goreng, daging semur, masak lemak jantung pisang, pecal, kerabu dan kuih-muih Jawa seperti u`krok (ubi kayu parut kukus yang digaul dengan garam dan dimakan bersama gula dan kelapa).

Tambah beliau, selain makanan pembuka selera dan menu utama, turut disediakan gerai-gerai soto, mee sup, bihun sup dan air batu campur.

Pemanis mulut seperti bubur pulut hitam, pengat pisang, bubur candil, lopes ubi kayu, tiwol, popia goreng, kuih kacang, cucur badak, sago gula Melaka dan kek juga disediakan.

Bufet berharga RM35 dikenakan untuk dewasa manakala kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun sebanyak RM18.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.