saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/08/2010

Abu Bakar Bashir ditahan semula

JAKARTA 9 Ogos - Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir yang pernah dipenjarakan kerana kaitannya dengan serangan bom di Bali pada 2002 ditangkap hari ini kerana didakwa terlibat dengan satu rangkaian militan yang baru.

Peguamnya, Muhammad Ali berkata, Abu Bakar ditangkap polis antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat pagi ini.

Dia didakwa terlibat dengan kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh, kata ketua unit antikeganasan kerajaan, Ansyaad Mbai.

Polis kelmarin menangkap lima suspek dan merampas bahan letupan dalam serbuan berasingan di beberapa kawasan di Jawa Barat.

Pihak berkuasa pada Februari lalu menemui kumpulan baru tersebut yang didakwa merancang untuk membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai ke atas warga asing di negara ini.

Berpuluh-puluh suspek yang dikaitkan dengan kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka al-Qaeda di Aceh, ditangkap atau dibunuh dalam serbuan dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Khabar angin tersebar sejak berminggu-minggu lalu bahawa Abu Bakar yang terkenal kerana ceramah berapi-api yang menghamburkan kebencian terhadap warga asing, termasuk dalam senarai suspek yang akan ditangkap.

Abu Bakar paling dikenali sebagai pengasas dan pemimpin agama Jemaah Islamiah (JI), kumpulan yang melancarkan serangan bom yang meragut 202 nyawa di pulau Bali pada 2002.

Dia menjalani hukuman penjara selama beberapa tahun kerana pembabitannya dengan JI tetapi dibebaskan pada 2006.

Abu Bakar yang juga pengasas pesantren al-Mukmin di Ngruki, Solo kini memimpin kumpulan Jema'ah Ansharut Tauhid (JAT).

Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang berpangkalan di Brussels dalam laporannya pada bulan lepas mendakwa, beberapa anggota JAT didapati terlibat dalam komplot keganasan yang berjaya dipatahkan oleh polis. - AP/Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.